Translate

Sunday, 8 January 2012

Tiang Agamamu

Assalamu'alaikum.


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. beliau mengatakan bahawa Rasulullah pernah bersabda : "Orang yang luput solat asarnya samalah ertinya dia  telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya."
(Al-Bukhari)



Dirikanlah solat. Amalan pertama yang Allah hisab ialah ibadat solat seseorang itu. Jika Allah terima solatnya, beruntung dan berjayalah dia. Jika sembahyangnya tidak diterima maka rugi dan kecewalah dia.


Haven't you heard the azan? "Hayya 'alassolah, hayya 'alal falah" Maksudnya : " Marilah mengerjakan solat, marilah menuju kejayaan".

There you go.. "Marilah menuju kejayaan". Semua orang hendakkan kejayaan. Siapa saja yang tidak mengimpikan kejayaan di dalam hidupnya? Nak berjaya, dirikanlah solat. Tunaikan hak Allah S.W.T. dan Allah akan jaga hak kamu.

Ibadah solat merupakan ibadah yang terpenting dalam kehidupan kita. Meninggalkannya adalah satu dosa besar.

Sedih bila tahu ada orang yang tidak sembahyang. Sedih, jika mereka tidak sempat bertaubat. Kerana, azab Allah itu amat dahsyat dan tidak tertanggung. 

Tapi Allah S.W.T. juga Maha Pengasih. DIA beri kita peluang taubat sehingga nyawa sudah setakat halkum. Tetapi jangan pula tunggu sehingga saat itu.

Satu masa lagi yang pintu taubat sudah tertutup ialah apabila matahari mula terbit dari arah barat.

Jadi,start taking a step towards Jannah and a step away from Jahannam hell.