Translate

Sunday, 17 February 2013

Fighting! (cakaplah macam orang Korea sebut tu) :)



Jaga cinta baik-baik. Try harder to keep it sacred. Don't let it got tainted by sins and uncontrol lust.






Susah memang susah. Saya akui dan saya faham. Tapi itu yang terbaik.




Happy fighting! :) Ingat saya pernah beritahu : Jihad agung ialah jihad towards nafs (nafsu).

Assalamua'laikum. :)

Saturday, 16 February 2013

Tak Berdaya..

Assalamua'laikum.

"Kalaulah saya dapat buat semua orang yang saya cintai gembira tentu lega hati saya." That's what my friend said bila saya tanya dia.

Again, saya menjadi lebih mengerti akan perasaan itu. Perasaan nak membantu tapi tidak mampu.

People, loved ones are getting older and weaker. The time cannot be stopped. Their health are degenerating. And I am just one person with two hands and feet. I can't always be there when they all need me. I can't half myself. :(



--bersambung, insyaAllah.

Thursday, 14 February 2013

Surat Cinta 2 (sambungan)


 إنا نحن نحيي الموتى  Pertamanya Allah menggunakan kata ganti diri “Kami” sebagaimana di banyak tempat lain di dalam Quran untuk menggambarkan kekuatan dan kebesaran-Nya kemudian disebut antara jelasnya di sini kemampuan sifat Allah dalam menghidupkan serta mematikan yang merupakan hak-Nya yang tersendiri.
Selain itu kata-kata Al-Imam Ibnu Kathir disini merupakan isyarat bahawa Allah menghidupkan kembali hati-hati orang kafir yang mati kerana sebab kesesatan sepertimana firman Allah di dalam surah Al-Hadid ayat 17 :

Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti, supaya kamu memahaminya.” 

Ayat ini didahului oleh ayat 16 yang menceritakan akan terjadinya kekerasan terhadap hati akibat mengendahkan syariah, hukum dan manhaj-Nya. Tambahan, disebutkan di dalam tafsir  التحرير والتنوير  ayat ini juga meletakkan kedudukan mereka yang tidak menerima manfaat dari peringatan seperti kedudukan orang-orang yang mati kerana didahului ayat ini dengan ayat 11 yang menceritakan ciri-ciri orang yang menerima manfaat dari peringatan. Seperti kata-Nya didalam surah Yasin ayat ke 70:

 “Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup” (hatinya) . Juga seperti kata-Nya didalam surah Ar-rum ayat ke 52: kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu”,  maka halnya syirik itu seperti kematian dan terkeluarnya kita daripanya sepertilah juga diberi semula kehidupan.

Juga, Allah menghidupkan kembali manusia demi membalas kembali apa yang telah mereka kerjakan dahulu semasa hayatnya mereka didunia,  kerana itu kata Syeikh Mutawalli Sya’rawi Allah mendahulukan sebutan bahawa Dia akan menghidupkan kembali manusia itu terlebih dahulu (dalam ayat ini) dari persoalan bahawa amal-amal mereka yang tertulis adalah kerana persoalan dan keadaan adanya pembalasan dan kebangkitan merupakan tujuan dari segala amalan di dunia dan disanalah tempat yang kekal lagi utama.

Manakala penulisan terhadap amalan-amalan di dunia hanyalah merupakan proses sementara kerana itu dikehadapankan sebutan tentang kebangkitan di akhirat kelak walaupun proses pencatatan amal itu berlaku terlebih dahulu, inilah salah kesan I’jaz (mukjizat) didalam Quran yakni susunan dan ayat yang sentiasa mempunyai signifikan yang tertentu bagi hamba-hamba-Nya yang mengerti.

ونكتب ما قدموا وآثارهم وكل شيء أحصيناه في إمام مبين   
       
“Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.” 


Di sana terdapat satu hadith dari Abu Saei’d Al-khudri yang dinukilkan didalam tafsir At-thobari yang menceritakan bahawa bani Salamah mengadu kepada Rasulullah akan jauh letak kediaman mereka dari masjid maka Allah menurunkan ayat 
“dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan…”,

maka apabila diturunkan ayat ini maka rasulAllah menyuruh mereka untuk kekal di kediaman mereka kerana setiap usaha mereka dan kesannya diambil kira ganjarannya.

Jelas kita fahami dari hadith yang berkaitan dengan nuzul ayat ini bahawa bukan sahaja Allah mengganjari manusia dengan amal itu per se (sendirinya) bahkan Allah menambahkan ganjarannya atas kesan kebaikan dari amalan tersebut namun kita sebagai manusia tetap sahaja berkira-kira dengan Allah dalam peribadatan kita terhadapnya.

Selain dari itu kata Ibnu Luhaia’h, Ato’ bin Dinar dan Saei’d bin Jubair dalam komentar mereka terhadap ayat “dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan…”, 

kata mereka : “ Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dan diamalkan pula perkara itu oleh kaum yang selainnya selepas kematiannya maka baginya kebaikan dan ganjaran yang berterusan seperti mana yang dilakukan oleh kaum tersebut malah tidak dikurangkan sedikitpun dari amalnya (pahalanya) atau dari pahala kaum berkenaan dan barangsiapa yang menghidupkan satu keburukan dan diikuti oleh kaum selainnya maka begitulah jugalah ke atasnya beban dan dosa tanpa dikurangkan sedikitpun.”

Subhanallah, hadith ini mengajarkan kita bebarapa pengajaran yang sangat penting antaranya selain ianya memberi khabaran gembira tentang mereka yang berusaha ke arah kebaikan namun ia memberikan kita juga peringatan tentang kehodohan menzahirkan amalan yang dimurkai. Kerana itu, didalam ajaran Islam setiap perbuatan keji itu perlulah ditutup dan tidak dizahirkan seperti mana didalam satu hadith yang menyebut Allah mengampunkan dosa hamba-hambanya kecuali bagi mereka yang menceritakan tentang dosa berkenaan. Ianya bukanlah  persoalan mengenai menjadi hipokrit namun ianya soal agar dosa itu tidak menjadi satu budaya apatah lagi kebanggaan dalam kalangan masyarakat. 

Kesannya dapat kita lihat kini apabila dosa dizahirkan maka dosa dan amalan berkenaan semakin membiak, membarah dan akhinya menjadi kebiasaan, budaya dan malah hingga ke tahap kebanggaan. Moga Allah melindungi kita dari segala fitnah akhir zaman.

Sebagai tambahan, ayat ini juga mengajarkan kita untuk bersifat dengan sifat hikmah dan memandang jauh ke hadapan dengan melihat kesan atas setiap perbuatan kita dan bukannya sekadar perbuatan itu secara sendirinya. Kerana itu Allah menyebut “…yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan…” , bukannya hanya perbuatan tersebut sahaja secara sendirinya. Malah bukan sahaja ketika dalam soal melakukan kejahatan malah juga dalam soal melakukan kebaikan.

Satu analogi; Ahmad hendak menasihati seseorang yang tidak memakai tudung lalu dia pergi ke arah wanita berkenaan lalu berkata dengan suara yang keras dihadapan orang ramai: “Takutlah kamu dengan azab Allah!!! Mengapa kamu lakukan ini??!! nerakalah bagi mereka yang tidak mematuhi hukumnya !!!”.
Ahmad mungkin sahaja berniat baik namun kesan dari ‘dakwahnya’ wanita tersebut malah bertambah benci dengan agama dan para  pendakwah kerana beliau tidak berfikir akan kesan perbuatannya beliau hanya memikirkan soal baiknya perbuatan itu secara sendiri iaitu memberi peringatan dan dakwah namun beliau menjauhi hikmah. Hikmah itu tidaklah setiap masa dengan kelembutan namun hikmah itu meletakkan sesuatu kena pada tempat dan haknya dan pada setiap keadaan perkataan  yang khusus  padanya. Beginilah Quran mengajarkan kita.
                                                      … وكل شيء أحصيناه في إمام مبين

Maka keseluruhan amal malah perkara yang wujud di cakarewala ini dicatat dan ditulis dengan rapi dan nyata didalam إمام مبين yaitu ibu kepada seluruh kitab dan catatan di Luh Mahfuz sama ada yang baik mahupun berat dan suka saya berikan perhatian disini perkataan yang digunakan di sini adalah أحصيناه yang juga membawa maksud kepada pengiraan atau boleh kita katakan “…Kami kirakannya…” yang memberi isyarat kepada ketelitian dan ketepatan berbeza dengan penulisan kita yang penuh kesalahan malah kurangnya ketepatan. Catatan-Nya adalah sempurna lengkap setiap butir dan rincian hatta bilangan setiap butir pasir malah kuman juga di dalam kiraan dan catatan-Nya. Jika inilah ciptaan-Nya yaitu إمام مبين sebegini hebat dan rinci bagaimana pula Allah dan kebesaran-Nya? Maha suci Allah.

---Yela, saya mengaku. Ini kerja sekolah saya. Op, kerja universiti. :D

Wednesday, 13 February 2013

Hey you.. :)

Assalamua'laikum.

Friendship. A beautiful relation between humans. :)

Saya ada kawan baik. Dan saya sejujurnya rasa mereka itu lebih baik daripada saya. Alhamdulillah mereka banyak mengajar saya. Saya belajar untuk menjadi seorang kawan dan manusia yang baik daripada tingkah-laku dan percakapan mereka. Maknanya bukanlah mereka beri kursus atau ceramah kat saya bila saya kata 'mengajar' tu. :)

Terima kasih. Alhamdulillah.

Walau kawan saya itu cuma mengajak, "Jom makan.", itu sangat cukup untuk buat saya ceria, dan rasa diambil berat. :) Thank you, H... hihi.


Surat Cinta 1 ( A little bit from Surah Yaasin)



إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ


 ”Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah Yang Engkau berikan kepada orang Yang sedia menurut ajaran Al-Quran…”

Ada beberapa perkara yang dijelaskan Allah Taala didalam ayat ini, pertamanya secara  jelas ditunjukkan dalam ayat ini ciri mereka yang menerima peringatan adalah mereka yang mengikuti ajaran Quran dan beriman dengannya. Maka sedari mula lagi mereka yang musyrik, tidak mengakui akan kewujudan Tuhan dan menolak kebenaran Quran tidaklah menerima manfaat daripada ayat-ayat Allah dan tidaklah termasuk dalam golongan yang disebutkan di atas maka peringatan kepada mereka dengan ayat-ayat Allah hanya sia-sia serta percuma dan suka saya sebutkan di sini bahawa soal hujah dan peringatan adalah dua persoalan yang berbeza, serta hidayah juga merupakan satu persoalan yang berbeza kerana itu terdapat kes dan keadaan di mana orang kafir mendapat hidayah, malah terkesan ketika dilantunkan ayat-ayat Quran walaupun mereka tidak memahaminya .

Tambahan lagi, ayat ini memberi kepada kita isyarat walau Quran ini secara sendirinya merupakan mukjizat, namun manusia tetap terikat dengan sunnatullah yang diaturkannya iaitu ‘sebab’ walaupun Al-quran perkataan Allah yang sangat besar kesan, kehebatan dan kemuliaannya namun manusialah yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan dan diberi pilihan atas kebaikan jua kejahatan. Kerana itulah disebutkan ciri mereka yang mendapat manfaat dari ayat-ayat Allah yang pertamanya adalah yang berusaha mengikuti,mengambil tindakan terhadapnya. 

Analogi mudah yang dapat saya berikan adalah seandainya ada satu ubat yang sangat hebat yang mampu mengubati semua penyakit adakah ubat berkenaan akan memberI sebarang kesan jika hanya dibiarkan di atas meja terbiar?Atau kita perlu mengambil, kemudian menelannya, menahan pula sedikit rasa pahitnya barulah datang kesannya. Begitulah juga Quran dan Maha suci perkataan Tuhan yang lebih tinggi dari analogi yang saya berikan.

 Disini juga disebut salah satu dari nama kepentingan  asas Quran iaitu Al-zikru sebagai peringatan. Secara takrifannya peringatan bukanlah merupakan sesuatu perkara yang baru sebaliknya ianya adalah satu perkara yang sudah kita maklumi dan ketahui. Maha Suci Allah yang mengetahui perihal hamba-hamba-Nya yang sentiasa lupa kerana itu quran didatangkan sebagai antara tugasnya yang utama adalah mengingatkan. Dapat dilihat banyak di dalam Quran ayat tentang beberapa perkara yang disebut berulang kali di tempat yang berbeza di dalam Quran (seperti sifat-sifat-Nya, isu taqwa dan syurga neraka) sehingga soal-soal yang diulang itu menjadi soal yang diketahui umum oleh Muslim yang membaca Quran secara amnya, pengulangan membawa kepada ingatan inilah Uslub Al-quran dalam mendidik. Maka kerana sifatnya Al-quran untuk mengingatkan maka secara lazimnya adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mengulanginya agar kita termasuk dalam golongan yang beringat.




وَخَشِيَ الرَّحْمَـٰنَ بِالْغَيْبِ ۖ…           

“…serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman dalam perkara-perkara ghaib…”

Kemudian Allah susuli pula ciri kedua orang yang menerima manfaat dari ayat-ayat Allah adalah mereka yang takut dengan Allah ketika dia tidak dilihat juga atas perkara yang tidak mampu dia melihat-Nya. Kata Syeikh Mutawalli Sya’rawi ketakutan itu bukanlah sekadar ketakutan tetapi ianya ketakutan yang disertai mahabbah (cinta) kerana itu disusuli selepas perkataan خَشِيَ  (takut) dengan sifat Allah yang bersifat  الرَّحْمَـٰنَ  (pengasih) maka terjemahannya berbunyi “…mereka yang takut dengan Allah yang bersifat pengasih…” maka antara faedah yang dapat kita fahami disini adalah kita takut akan Allah namun kita  mencintai-Nya justeru berharap kepadanya,namun ketakutan kepada selain Allah tidak bersifat demikian, kerana kita benci kepada perkara yang kita takuti. Rangkuman perasaan khauf (takut), hub (cinta), raja’ (berharap) hanya khusus dan berlaku pada Allah semata-mata, seperti yang dikatakan sebahagian ulama’ salaf sesiapa yang hanya menyembah Allah dengan semata cinta maka dia adalah zindiq dan siapa yang menyembah Allah dengan semata berharap kepada-Nya maka dia adalah murjia’h dan barangsiapa yang menyembah Allah semata-mata hanya takut pada azab seksaan-Nya maka dia adalah haruri (khawarij) dan Muslim adalah dia yang menghimpunkan takut, cinta dan harap dalam peribadatan terhadapnya.

Ghaib di dalam ayat ini menurut pendapat At-thabari dan Ibnu Kathir adalah keadaan ketika bersendiri ketika mana tiada mana yang melihatnya kecuali Allah dan dia mengetahui akan keberadaan dan penglihatan Allah di sisinya. Namun kata Imam Al-Qurthubi ghaib itu adalah apa yang tidak dapat dilihatnya dari soal neraka-Nya dan soal azab-Nya yang ghaib. Maka boleh kita himpunkan dari kedua ini adalah Mu’min yang menerima manfaat dan peringatan daripada ayat-ayat Allah adalah mereka yang beriman dengan perkara-perkara yang ghaib hatta ketika mereka bersendiri mereka masih lagi meyakininya dan merasakan keberadaan Allah.


فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ

“…Oleh itu berikanlah kepadanya berita yang mengembirakan dengan pahala dan ganjaran yang mulia”

Dan inilah kesudahannya yang baik. Sebagaimana seorang mu’min mendapat manfaat dengan inzar (peringatan) dari Allah begitu juga hati-hati mereka merasa senang dan lapang ketika mendengar berita gembira dan janji-janji-Nya .Kata Syeikh Mutawalli Sya’rawi keampunan didahului di sini sebelum ganjaran adalah kerana Allah hendak menjauhkan seorang hamba itu dan mengenepikan dia dari neraka sebelum menerima ganjaran yang lebih tinggi dalam erti kata yang lain hamba itu dibersihkan dahulu sebelum dia dihiaskan.Tambahan lagi keampunan adalah sentiasa merupakan ganjaran kerana keimanan (amalan berkaitan soal hati) adapun syurga merupakan ganjaran kerana melaksanakan manhaj dan jalan-Nya.


:)  ----bukan saya yang buat text ni :)

Saturday, 2 February 2013

Buat apa yang mampu dulu..

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, saya rasa terpujuk sikit. Hihi, mungkin sebanyak 30% - 40%. :P

It's better for me to do MGT mind map rather than facing the monitor for hours and just able to type a few sentences. Itu pun entah betul ke tidak.

Because, this night I need to wake up early. Maybe 1.30a.m.

Kena berkumpul di dataran pukul 3 pagi(huh, almost forgot kena pergi tu).

:) :) :) dah, apahal senyum sorang-sorang pula ni... aih!

P/s to Fadhilah Md Kasim : Kerahkan neuron2 tu!

Kalau 'fi' je tak pe kan? ehehe.

P/S : Fadhilah, jangan main2, go get your assignments done. Fadhilah : Ok Cik Fadhilah.. :)

Friday, 1 February 2013

Diversification

Assalamua'laikum. Kaif Halukum?

Saya Dah Faham..

I see myself in you. Indeed the experience will teach us how to live.

Saya seorang yang gedik. Betul kata Muhammad. But only now saya perasan betapa kegedikan saya itu mengganggu orang sekeliling. I'm sorry friends.. :(

To my family and friends, terima kasih. I can't really elaborate everything here.

Saya sedang 'penat' sebenarnya. Bukan penat fizikal.

Galau

I learn this word through reading a facebook status. Do you know what does it mean? It means 'kebisingan, kekacauan'. Saya galau....

Ada perkara yang saya nak ceritakan/luahkan, tapi tak boleh. Tak tahu kepada siapa yang sesuai untuk saya luahkan masalah. --I need a counselor.

-Saya sangat mahu anda berada di sini(where I'm studying).- Ini pun patut tak boleh cakap. ~~laju pula internet di bilik ni.

Camp
Can't wait to finish zaman kokurikulum.----dah diedit. :)

Rigid

Saya rasa saya rigid. Saya punya percakapan dan perbuatan adalah 'lurus'. Oleh itu, orang yang kena dengan saya, insyaAllah akan terasa hati.

Saya tak berapa pandai cover.



I'm so sorry, sebab post ini macam depressing.
Semoga ALLAH selesaikan semua masalah saya dan tenangkan kembali hati saya. Aamiin.