إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ…
”Sesungguhnya peringatan dan amaran
(yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah Yang Engkau berikan kepada
orang Yang sedia menurut ajaran Al-Quran…”
Ada beberapa perkara yang dijelaskan Allah Taala didalam ayat ini, pertamanya
secara jelas ditunjukkan dalam ayat ini
ciri mereka yang menerima peringatan adalah mereka yang mengikuti ajaran Quran
dan beriman dengannya. Maka sedari mula lagi mereka yang musyrik, tidak mengakui
akan kewujudan Tuhan dan menolak kebenaran Quran tidaklah menerima manfaat
daripada ayat-ayat Allah dan tidaklah termasuk dalam golongan yang disebutkan
di atas maka peringatan kepada mereka dengan ayat-ayat Allah hanya sia-sia serta
percuma dan suka saya sebutkan di sini bahawa soal hujah dan peringatan adalah
dua persoalan yang berbeza, serta hidayah juga merupakan satu persoalan yang berbeza
kerana itu terdapat kes dan keadaan di mana orang kafir mendapat hidayah, malah
terkesan ketika dilantunkan ayat-ayat Quran walaupun mereka tidak memahaminya .
Tambahan lagi, ayat ini memberi kepada
kita isyarat walau Quran ini secara sendirinya merupakan mukjizat, namun manusia
tetap terikat dengan sunnatullah yang diaturkannya iaitu ‘sebab’ walaupun
Al-quran perkataan Allah yang sangat besar kesan, kehebatan dan kemuliaannya
namun manusialah yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan dan diberi pilihan
atas kebaikan jua kejahatan. Kerana itulah disebutkan ciri mereka yang mendapat
manfaat dari ayat-ayat Allah yang pertamanya adalah yang berusaha
mengikuti,mengambil tindakan terhadapnya.
Analogi mudah yang dapat saya berikan adalah seandainya ada satu ubat yang sangat hebat yang mampu mengubati semua penyakit adakah ubat berkenaan akan memberI sebarang kesan jika hanya dibiarkan di atas meja terbiar?Atau kita perlu mengambil, kemudian menelannya, menahan pula sedikit rasa pahitnya barulah datang kesannya. Begitulah juga Quran dan Maha suci perkataan Tuhan yang lebih tinggi dari analogi yang saya berikan.

Disini juga disebut salah satu dari nama
kepentingan asas Quran iaitu Al-zikru sebagai peringatan. Secara takrifannya peringatan bukanlah merupakan
sesuatu perkara yang baru sebaliknya ianya adalah satu perkara yang sudah kita
maklumi dan ketahui. Maha Suci Allah yang mengetahui perihal hamba-hamba-Nya
yang sentiasa lupa kerana itu quran didatangkan sebagai antara tugasnya yang
utama adalah mengingatkan. Dapat dilihat banyak di dalam Quran ayat tentang beberapa
perkara yang disebut berulang kali di tempat yang berbeza di dalam Quran (seperti
sifat-sifat-Nya, isu taqwa dan syurga neraka) sehingga soal-soal yang diulang
itu menjadi soal yang diketahui umum oleh Muslim yang membaca Quran secara
amnya, pengulangan membawa kepada ingatan inilah Uslub Al-quran dalam mendidik.
Maka kerana sifatnya Al-quran untuk mengingatkan maka secara lazimnya adalah
menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mengulanginya agar kita termasuk
dalam golongan yang beringat.
وَخَشِيَ الرَّحْمَـٰنَ بِالْغَيْبِ ۖ…
“…serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman dalam perkara-perkara ghaib…”
Kemudian Allah susuli pula ciri kedua orang yang menerima manfaat dari ayat-ayat Allah adalah mereka yang takut dengan Allah ketika dia tidak dilihat juga atas perkara yang tidak mampu dia melihat-Nya. Kata Syeikh Mutawalli Sya’rawi ketakutan itu bukanlah sekadar ketakutan tetapi ianya ketakutan yang disertai mahabbah (cinta) kerana itu disusuli selepas perkataan خَشِيَ (takut) dengan sifat Allah yang bersifat الرَّحْمَـٰنَ (pengasih) maka terjemahannya berbunyi “…mereka yang takut dengan Allah yang bersifat pengasih…” maka antara faedah yang dapat kita fahami disini adalah kita takut akan Allah namun kita mencintai-Nya justeru berharap kepadanya,namun ketakutan kepada selain Allah tidak bersifat demikian, kerana kita benci kepada perkara yang kita takuti. Rangkuman perasaan khauf (takut), hub (cinta), raja’ (berharap) hanya khusus dan berlaku pada Allah semata-mata, seperti yang dikatakan sebahagian ulama’ salaf sesiapa yang hanya menyembah Allah dengan semata cinta maka dia adalah zindiq dan siapa yang menyembah Allah dengan semata berharap kepada-Nya maka dia adalah murjia’h dan barangsiapa yang menyembah Allah semata-mata hanya takut pada azab seksaan-Nya maka dia adalah haruri (khawarij) dan Muslim adalah dia yang menghimpunkan takut, cinta dan harap dalam peribadatan terhadapnya.

Ghaib di dalam ayat ini menurut pendapat At-thabari dan Ibnu Kathir adalah keadaan ketika bersendiri ketika mana tiada mana yang melihatnya kecuali Allah dan dia mengetahui akan keberadaan dan penglihatan Allah di sisinya. Namun kata Imam Al-Qurthubi ghaib itu adalah apa yang tidak dapat dilihatnya dari soal neraka-Nya dan soal azab-Nya yang ghaib. Maka boleh kita himpunkan dari kedua ini adalah Mu’min yang menerima manfaat dan peringatan daripada ayat-ayat Allah adalah mereka yang beriman dengan perkara-perkara yang ghaib hatta ketika mereka bersendiri mereka masih lagi meyakininya dan merasakan keberadaan Allah.
فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ…
“…Oleh itu berikanlah kepadanya berita yang mengembirakan dengan pahala dan ganjaran yang mulia”
Dan inilah kesudahannya yang baik. Sebagaimana seorang mu’min mendapat manfaat dengan inzar (peringatan) dari Allah begitu juga hati-hati mereka merasa senang dan lapang ketika mendengar berita gembira dan janji-janji-Nya .Kata Syeikh Mutawalli Sya’rawi keampunan didahului di sini sebelum ganjaran adalah kerana Allah hendak menjauhkan seorang hamba itu dan mengenepikan dia dari neraka sebelum menerima ganjaran yang lebih tinggi dalam erti kata yang lain hamba itu dibersihkan dahulu sebelum dia dihiaskan.Tambahan lagi keampunan adalah sentiasa merupakan ganjaran kerana keimanan (amalan berkaitan soal hati) adapun syurga merupakan ganjaran kerana melaksanakan manhaj dan jalan-Nya.
:) ----bukan saya yang buat text ni :)
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave your constructive comment. Silakan memberi komen yang membina. :)