Translate

Saturday, 15 September 2012

Dulu-dulu Saya pun Pernah Begitu..

Salamu'alaikum. Sawadikap.. :)

And this time, I want to talk about.. Hangpa baca ja lah, na.. :) . Lepas STPM, saya cuma di rumah sahaja. Berusaha mengisi UPU, berusaha berdoa dan menunggu result nya.

19 April 2012 merupakan hari yang bermakna bagi kami sekeluarga. Lebih bermakna lagi bagi kakak kedua saya dengan suaminya kerana telah selamat melahirkan seorang putera. Beratnya 2.7 kg. Kakak saya yang itu pun badannya memang kecil saja. Kurus. Alhamdulillah, :) Sihat, tapi ada juga dia dapat penyakit Kuning atau jaundice. Tak pasti pula berapa lama. Kakak ni berpantang di rumah mertuanya.

Kakak saya bekerjaya, jadi tak dapat sentiasa jaga anak dia. So, lepas habis cuti bersalin, ibu,ayah dan saya pergilah rumah dia untuk jaga Aaron, my first nephew tu. Actually, kakak ambil cuti lagi 2-3 hari kut after maternal leave.

Kerja saya di sana, buat susu Aaron, siap-siapkan pakaian dia lepas dia mandi, sediakan losyen and barang-barang 'make-up' dia lepas mandi. Dalam tempoh waktu tu, banyak perkara yang baru saya terasa, yang saya baru perasan. Saya perasan yang sukar juga menjadi seorang ibu. Banyak karenah si anak yang ibu kena layan. Ibu saya meletakkan dua tapak jarinya pada kaki Aaron, "Tengok ni. Masa kecil, tapak kaki besar dua jari je. Sekarang?", katanya pada saya. Saya pun, angkat kaki, ukur tapak kaki dengan jari sendiri. Memang berjari-jari ukur tapak kaki saya with my fingers. Hihi.

Terasa saya dengan pengorbanan yang pernah ibu saya lakukan untuk saya dahulu. Bagi mandi saya, susukan saya dari susunya sendiri, pakaikan saya, mendodoi saya hingga lena, bersihkan najis saya dan yang paling penting, ibulah yang menanggung segala kesakitan bersalin. Allahu Akbar. Besar sungguh pengorbanan dan kasih-sayang ibu pada anak. Besar pengorbanan ibu dan ayah saya pada saya.

Nak mandikan Aaron kena guna air panas. Suamlah. Kalau sejuk, menjerit pulak dia. Sekarang ni kan dah moden sikit. Bolehlah guna water heater. Tapi kami tak guna juga benda alah tu. Saya still kena isi air panas from thermo pot, sebab bilik air bawah tiada water heater. Water heater kat atas ada, tapi ibu saya mana nak larat asyik turun naik tangga. Itu alhamdulillah ada thermo pot. Tak payah nak pergi jerang air setiap kali waktu mandi budak. Agaknya, itulah rutin my parents dulu-dulu ye.


Baby ini pula, bukan sentiasa bermood baik. Kadang-kadang mengamuk juga dia. Biasanya Aaron suka mengamuk bila lapar(of course), tak cukup tidur and bila mana dia lambat buang air besar. Yelah, perut tak sedap kan.
Menjerit menangis dia. Kami dah risau dah. Letak dia dalam posisi mana pun, dia tak diam lagi. Kalau diam pun, kejap je. Penat juga my mom pujuk dia. Bila malam, memang cepatlah ibu saya mengantuk. Dalam pukul 9 tu dah mengantuk. Ketika saya bayi, mesti saya pernah buat ibu saya macam tu kan? Bersabar sungguh ibu bapa dengan kita.

Tuan Putera Aaron kami ni, nak tidurkan dia biasanya kena dalam dukungan. Haha. Nak tidurkan dia pun, bukan sekejap. Boleh lenguh juga tangan saya dok dodoi, tepuk-tepuk dia. Mula-mula masa umur dia dua bulan lebih, tidur sekejap je then bangun. Manalah dia tak cukup tidur. Penat je tidoqkan dia tadi.

Bila tiga orang yang jaga and tengokkan that little dude, barulah rasa ringan sikit kerja. Kalau saya nak buat seorang, aduih memang penat.

Tapi, nasib baik and alhamdulillah En. Aaron saya seorang ini, rajin senyum. Suka kalau dilayan. Alhamdulillah, boleh terubat sikit lelah tu. Hihi.

Banyak perkara yang saya belajar ketika di rumah kakak. Bukan setakat menguruskan bayi, tapi belajar menjadi seorang yang kemas dan pembersih. Alhamdulillah.. Everything happens for a reason.

I LOVE YOU, Mom and Dad.  May ALLAH always pour down HIS blessings to both of you. Aameen. :)


Aaron masa umur 2-3 bulan
Aaron masa umur 4 bulan lebih





















No comments:

Post a Comment

Feel free to leave your constructive comment. Silakan memberi komen yang membina. :)