Assalamu'alaikum. Marhaban O my blog's visitors. :)
Saya buat blog ini sebab, kat facebook kalau nak tulis panjang-panjang orang rasa tak minat nak baca. I bukanlah buat survey ke apa pasal orang malas baca status panjang ni. Disebabkan saya sendiri susah nak pergi luang masa baca status yang panjang, so I figured out yang akan ada juga orang lain yang sama macam saya.
Bukannya saya takkan langsung baca post panjang dalam facebook, tapi tak banyak post panjang yang dah saya baca.
Jadi, daripada tulis tak ada orang yang baca, lebih baik tulis di medium yang masyarakatnya memang akan baca tulisan penulis yang lebih panjang daripada biasa. Bukan juga saya berkira ramai orang baca dan 'like' status saya. Tapi, apa yang saya harapkan ialah mereka dapat intipati yang hendak saya sampaikan. Saya berharap jiwa mereka akan tersedar akan apa yang saya post itu. Dan semoga ukhuwah kami bertambah baik. :)
Walaupun di alam blog, saya cuba untuk tidak celoteh dengan panjang lebar. Maklumlah, maklumat yang ringkas dan padat lebih baik kan..? Saya ini pun tak banyak sangat pengalaman dan pengetahuan. Tengok corak penulisan dan maklumat yang disampaikan pun, dah tahu bahawa Si Penulis(saye) adalah seorang yang biasa-biasa sahaja. So, I'm just sharing with you things that are in my knowledge(oh, my english!). Kepada saudara dan saudari sekalian, silalah perbetulkan apa-apa yang saya tersalah. Even my language pun, tolong tegur-tegur ye. Thank you. :)
Pernah dengar tak tentang kisah Nabi Ibrahim A.S. dengan seekor burung kecil? I want to be like that. Walaupun saya tak dapat padamkan api yang besar, tetapi saya ada usaha untuk memadamkannya. Gitulah perumpamaannya.
That's all for now. Saya nak bagi tahu aja kenapa saya mulakan blog ni. :) Peace out. hihi.
Wassalamu'alaikum. ~ cepat jawab salam saya. Sebab jawab salam tu wajib. :)
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave your constructive comment. Silakan memberi komen yang membina. :)