Assalamu'alaikum. "Tak jawab dosa, kalau jawab, sayang. :D" -Maria Elena.
Okey, okey, okey... Ha, gapo dio ni yang ambo nak tulih? Hihi. Pasal feelingslah. Perasaan. Perasaan yang dipendam, perasaan yang menggelodak di jiwa. Haha.
For those who are still single, but not so available(yang dah ada pilihan hati), wajiblah tahan/control perasaannya terhadap si dia. I mean, don't go all out about your feelings towards him/her. Contohnya, bermain sms dengan si dia 24 jam, bergayut di telefon or saying 'I love/miss you' di Facebook(ada juga yang lebih daripada ini). Rasa-rasa yang berputik itu perlu dikawal dengan sebaiknya, agar tak terjerumus kepada perkara yang maksiat. Na'udzubillah mindzalik. Semoga dijauhkan dari perkara seperti itu.
Alhamdulillah, ingin MENcintai dan ingin DIcintai adalah fitrah kita sebagai manusia. Best kan rasa cinta tu? Rasa macam miracle pulak. hihi. Cumanya ada restrictions or rules yang perlu kita patuhi apabila sudah ada perasaan sebegitu. Kita sebagai orang Islam, wajib jaga perbuatan dan hati kita. Jangan sampai terjadinya fitnah pula terhadap diri sendiri dan si dia.
Kalau namanya CINTA, kita mestilah mahukan yang terbaik for our loved ones. Right? Gelengkan kepala, kalau salah. hehe. Kita nak dia sihat, berjaya, dan kita nak Allah redha dengan dia. So, jomlah bercinta dengan cara yang Allah suka. :)
Bercinta sebelum nikah ni memang sukar sikit. Yelah, macam-macam nak kena jaga. Takpelah, ini semuapun untuk kebaikan kita juga.. Allah S.W.T. lebih tahu. :)
Antara perkara yang kita kena jaga ialah tak boleh nak asyik terbayangkan si dia. "Take care, love you", "Windu lah dengan baby girl hari ni", " Papa, malam tadi mama tak boleh tidur sebab asyik ingat Papa je.", ha, ini adalah contoh-contoh perbualan yang dalam Islam sama sekali tak boleh lah untuk pasangan yang belum bernikah. I repeat, yang belum berNIKAH. So, even if you guys are engaged, dah jadi fiancee si dia, still belum boleh berlovey dovey dengan tunang anda. OK?
I have a few tips here that can help us redirecting our thoughts from keep thinking about him/her all the time, from continuing to smile alone. :) (Ni nak jaga sementara menanti saat pernikahan)
First of all, kuasa cinta siapalah yang lebih besar kalau bukan kuasa cinta daripada Sang Pemilik Hati ini. Allah S.W.T. Sampaikan ada orang tu dia tak nak kahwin sebab dia dah dapat rasa nikmat cinta kepada Allah. Tapi mana boleh tuu.. Dialah yang mencampakkan rasa kasih dalam hati ini. Jadi, bersyukurlah kepada-Nya. Bersyukur, dengan cara menjaga cinta kita kepada si dia sebelum pernikahan.
Dekatkan diri kepada Allah. Buatlah solat sunat, mengaji Al-Quran, dzikir. Berselawat.. Mohon kepada Allah supaya dijernihkan kembali fikiran dan hati. Supaya Allah menjaga hati kita dan si dia. Berdo'alah agar dua jiwa yang saling mencintai ini biarlah kerana Allah S.W.T. Juga supaya kita tidak tergelincir di dalam perjalanan mencari keredhaan-Nya (perkahwinan). :)
Secondly, rapatkan ukhuwah sesama kawan. InsyaAllah, rasa rindu dan rasa kosong dapat diisi oleh kawan-kawan. Tapi, kawan yang same gender lah tau. Jangan kalau kita perempuan, kita nak isi dengan enjoy2, sembang2 dengan kawan-kawan lelaki. Bahaya tu, bahaya! Lelaki pun, the same goes to you.
Usahakan juga untuk lebih mesra dengan parents and the other family members. Jangan fikirkan sangat tentang pilihan hati kita tu. Bukanlah tak boleh ingat orang tu langsung, cuma tak boleh lebih-lebih je. :)
Ukhuwah sesama kawan dan keluarga juga mempunyai powernya tersendiri. haha. That is why, I recommend you to spend more time with them. Sayangilah keluarga sendiri dulu, kalau nak sayang orang lain. Kan? Kan?
Thirdly, make use of your time wisely. Isi waktu-waktu lapang dengan perkara yang berfaedah dan yang dapat alihkan tumpuan kita daripada menerawang entah ke mana-mana. Baca komik ke, majalah Solusi ke.. Baca website Langit Ilahi ke. hihi(still nak promote). Ataupun, pergi berkebun. Buat kek ke, memasak ke.. kan.. Sama ada perempuan atau lelaki, pergilah buat rajin. Start jadi pembersih, penyayang and memahami. Di rumah, berlatih rajin sapu rumah, kemas bilik, basuh pinggan even when it's not ours yang ada kat singki tu.
Belajar memasak. Lelaki pun kena reti masak ye. Belajarlah basuh pakaian. Ha, sementara kita mengalihkan perhatian terhadap si dia ni, insyaAllah, kita dapat skills baru. Skills berumahtangga. :D Manfaat kan tu?
Dan usah fikirkan sangat tentang dia. Buat derk je dah. haha. Segala macam media atau apa-apa benda yang berkaitan dengan si dia, ignore sahaja dulu.
Contohnya, Twitter, Facebook, mesej-mesej dan lain-lain lagi. Khuatir nanti bila saja-saja buka Twitternya, ada pula status dia yang berkaitan cinta, buat kita terperasan. Klik FBnya, ada pula gambar comel dia. Takut juga, bila nanti semak-semak semula sms dan mesej-mesejnya, tersenyum seorang diri dan fikiran tu mulalah macam-macam, berimaginasi perkara yang belum halal bagi diri.
Kalau teringat-ingat tu, cepat-cepat istighfar. Ingat Allah.
Okay, selamat mencuba, dan semoga berjaya!
"Ya Allah, mudahkanlah kami menujui jalan suci yang Engkau redhai" - Petikan dialog Ustaz Ilyas dalam drama 'Ketika Cinta Bertasbih: Meraih Ridho Ilahi'.
Segala yang baik, datangnya daripada ALLAH S.W.T. (DIA yang bagi saya ilham), dan yang buruk, segalanya lahir daripada kelemahan saya.
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave your constructive comment. Silakan memberi komen yang membina. :)