Translate

Monday, 29 July 2013

ALert! Bahasa Melayu di dalam pos ini adalah amat teruk. Dah dia tak nak tulis, kitalah tulis.

Assalamua'laikum guyss..

Sebagaimana yang kita ketahui tentang sepotong hadith popular mengenai panduan memilih pasangan, pilihlah wanita itu bedasarkan wajahnya, hartanya, keturunannya dan akhir sekali, tidak akan pernah rugi bagi yang memilih seseorang wanita itu kerana agamanya.




Sebenarnya ia sangat normal jika lelaki atau perempuan hendak memilih pasangan hidup berdasarkan rupa atau selainnya kerana itu pilihan masing-masing. Namun, perasaan yang lebih istimewa itu hadirnya di dalam fasa pasca pernikahan. Mungkin perasaan sebelum kahwin itu akan menjadi berbeza daripada perasaan selepas berkahwin bagi sesuatu pasangan, wallahu aa'lam. Ini kerana sebelum perkahwinan, pemilihan pasangan adalah disebabkan perkara yang biasa seperti pandangan luaran atau rupa, dan tentunya ianya norma di dalam masyarakat. Apabila bertudung merah, dia gadis berkerudung merah, hatiku tergoda tergugah..,oh maafkan saya, saya tetiba pula mendendangkan lagu Kekasih Halal by Wali Band.

Jadi, apabila akad nikah telah selesai dan sah semuanya, barulah cinta yang sebenar itu akan muncul. Melayari bahtera perkahwinan bersama-sama tentunya akan ada ombak dan badai yang melanda selain hanya manis dan bahagia di sepanjang pelayaran. Di situ, akan ada yang tidak sabar dan menjadi marah atau sabar dan bertolak-ansur. Bunga-bungaa cinta indah berseri di antaraaa...oh, maaf. Saya tiba-tiba pergi menyanyi lagu bunga2 cinta by Asmirandah dan Dude Harlino.

Bermacam-macam faktor yang membuatkan seseorang lelaki berasa diri wanita itu menarik. Faktor rupa paras, intektual, atau kebendaan/material. Wujud juga lelaki yang menyukai seseorang wanita hanya kerana sifat keibuannya seperti cara wanita itu melayan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang dan kehebatannya di dapur! Go Baby, Go! alamak, maaf sekali lagi kerana saya juga secara tiba-tiba(tgn di bahu mata pandang atas) berkata lirik secara gedik seperti Stacy di dalam lagunya Jahat.


Walau apapun, semua orang ada citarasa yang tersendiri apabila berkaitan dengan kualiti pasangan hidup masing-masing. Tiada satupun ciri-ciri wanita atau lelaki idaman yang salah. Jadi, tidak layak untuk manusia itu menilai manusia yang lain mengenai sifat-sifat pilihan pasangan hidup mereka. Namun begitu, mencintai kerana rupa, harta dan juga sifat keibuan masih dikategorikan sebagai cinta dunia, dan sesungguhnya dunia ini tiadalah kekal selama-lamanya. Paras yang lawa akan pudar ditelan usia, dan jika cinta bertapakkan rupa yang menawan, maka pudarlah cinta itu melewati usia tua. Kusangka kau betul betul jatuh cinta, tutt tutt sungguh.. ooppss sekali lagi I bernyanyi-nyanyi secara spontan lagu Stacy jugak bha yang bertajuk Pakai Buang, maaf ya.



Memilih pasangan hidup berdasarkan agamanya, merupakan satu langkah untuk menggapai redha Illahi. Oleh itu, fikir-fikirkanlah sama ada mahu bercinta dengan sebenar-benar cinta, atau bercinta sekadar tuntutan nafsu.

Walaupun sudah ditetapkan ciri dan standard wanita/lelaki pilihan, tetapi Allah S.W.T. jualah yang memberikan cinta itu. Tercampaknya cinta kepada seseorang pada pendapat saya, itu merupakan hadiah dan juga ujian daripada Allah S.W.T. Handle it with care. Kutahu kau menyintaikuu.., Kutahu kau merinduikuu oh kasih.., errkkk dengan tidak semena-mena daku bernasyid Kasih Kekasih by In-team. Soo sorry.




Sekian,

Wallahu aa'lam


I know my BM tak sedaappp. 

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave your constructive comment. Silakan memberi komen yang membina. :)