Translate

Friday, 28 September 2012

(Tak tahu letak tajuk apa)

 Assalamu'alaikum. :)
" I used to know that you are serious. Now, I'm sure that you are serious." 
-Fadhilah Md Kasim


Kak Ainaa, terima kasih. :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya minatlah nak tulis cerpen.. Seronok.. Kan? Nanti kalau Allah izin saya dapat pergi belajar TESL ke, Pengajian Bahasa Inggeris ke, dah pandai  BI sikit, boleh try buat cerpen in english. Hihi..



Just saying... :)

Allah yusahhil(semoga Allah permudahkan).

Take care, wahai pembaca.

Thursday, 20 September 2012

Unpleasant

Assalamu'alaikum, Selamat pagi, Sobahal khair -sebab sekarang waktu pagi.

So, di pagi yang baik ini, saya tidak suka nak mengulas panjang pasal satu benda yang saya benci sangat ni. About 'IOM'. It is so hateful, that I don't want to type the movie's full title.

Walau marah bagaimana sekalipun, bertindak bijaklah. Jangan kerana diprovokasi sebegini, kita mula mencarut-carut di bahagian komentar 'You Tube' dan  memaki-hamun di blog. It will just lower our(Muslim, Islam) respectability.

Here I provide you a link. A storiette.

Berdakwahlah melalui akhlak dan peribadi kita sendiri. Hidupkam sunnah Rasulullah S.A.W. =)

Nah, ini.. Love of our hearts. Yang ini, Pleasant. =)

Take care..

Wednesday, 19 September 2012

Mother Nature

Assalamu'alaikum, hope you are having a nice day. =)

Credit to : Devianart, by Nayzak

"There is no planet B". Cantik kan, kartun itu? Pandai Nayzak ni buat. Alhamdulillah, Allah  bagi dia bakat. Dan alhamdulillah juga dia menggunakan kelebihannya itu di jalan kebaikan. Jalan yang mengajak manusia ke arah kesedaran.

=) Please love our planet, the Earth. Kasihan Bumi di atas tu, menangis dah dia. Bumi kalau dijaga elok-elok, mesti indah.

Isn't this a tranquility -Picture by Goodwolf, devianart

Aahh.. peaceful right? -Picture by Jodesign, devianart


I love the nature. =) Apabila kita melihat keindahan ciptaan Tuhan, bertasbihlah. Subhanallah. =) Melontarkan pandangan jauh ke laut tenang, mendongak langit biru. Berzikirku memuji Allah Yang Esa dan Maha Agung. 

Jagalah kebersihan alam semula jadi dengan semampunya. Kalau tidak mampu untuk memulihara ia, peliharalah alam semula jadi dengan sebaiknya. Buang sampah di dalam tong sampah, bukan di tepinya, bukan juga dicampak ke dalam saluran longkang atau ke dalam sungai. Walaupun sampah itu hanyalah sebesar pembalut gula-gula Hacks. :) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit juga.

Reuse. Be creative and innovative. Botol plastik saja boleh dibuat bekas alat tulis, bekas berus gigi dan macam-macam lagi(mesti boleh buat macam-macam lagi dengan botol plastik tu, yang saya ingat dua itu sajalah). Ehehe, see this one :


Sebenarnya, ada lagi satu video di You Tube yang lagi best gambar dan ceritanya. Offical version punya.Tapi... hihihi.

HA, yang ini aluminium. Cool kan?
Jika kurang berminat untuk reuseyou can just recycle. Apa ya, yang boleh dikitar semula? Plastik, kaca, aluminium dan kertas. Sudah habis minum air mineral dalam botol, asingkanlah daripada sisa organik rumah (sisa makanan). Begitu juga dengan barangan yang diperbuat daripada kaca, aluminium dan kertas. Apabila telah banyak yang dikumpul, bawalah ke tempat pengumpulan barangan kitar semula. Boleh dapat extra money daripada menjual benda-benda itu. Walaupun dia beli dengan harga yang murah, seperti 20 sen untuk satu kilogram kertas, memadailah. Niat kita pun sebenarnya untuk recycle. Kira baiklah tu, sampah bersih daripada rumah, dapat sedikit keuntungan dan dapat membantu usaha memelihara alam sekitar. =)

Haihh.. Kasihan daun clover. Clover's are one of my favourite leaves. -Picture by GeorgiaPeaches, devianart
Renung-renungkan dan selamat beramal.

"...DIA-lah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi, serta mengkehendaki kamu memakmurkannya. ..." Surah Hud- Ayat 61.

Click ini-Tengok maksud bawah sekali. =)

Wassalamu'alaikum.





Monday, 17 September 2012

Tidy Up Your Room

Assalamu'alaikum.




Klik kat devianart tu kalau nak nampak jelas ceritanya. :) Haha. Itulah. Lain kali bilik tu pastikan kemas. Ini kalau ada orang rajin masuk bilik kita time we're not home, insyaAllah balik-balik rumah sahaja, bilik dah kemas dan barang-barang tersusun rapi. Lebih-lebih lagi kalau ibu ayah yang masuk.

Memang bagus dah bersih tu. Tapi... Hihi. As you can see the situation in that doodles lah.
Mak dia tak tahu sangat pasal gadget terbaru. So, habis Wacom Pen dia.

Kalau jadi begitu kat kita, bersabarlah ye. Jangan marah-marah kat si polan yang tolong kemas bilik kita. Niat si polan tu baik. Redha sahaja. Sudah ada pengajaran di situ. Next time, kemaskan bilik.


Diriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dariripada Rasulullah S.A.W. :

 Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”

Sumber :blog orang

*Kalau saya ada tersalah beri hadith, bagi tahu ya.. Thank you. :)




Sunday, 16 September 2012

Sujud dan Rendahkanlah Dirimu Kepada-Nya



"If you prostrate before HIM, you will stand before everyone else"


*Sumber gambar, devianart, by nayzak

*Prostrate = Sujud

Salamun 'alaikum. :)


Saturday, 15 September 2012

Ni Nak Habaq Sikit..

Assalamu'alaikum, Hello.. What's up and what's yang kat down tu. hehe..

Saja je nak cerita sikit kali ni. Rasanya tahun lepas cerita ni. Time cuti-cuti, ada pula kelas tambahan. Aduih, malas juga rasanya. Then, saya terfikir(teringin), " Kan best kalau ada suami sekarang ni. Boleh bawa dia pergi kelas tambahan sekali. Mesti seronok je belajar." Haha.

Padahal waktu itu bukannya saya telah dibooking ke apa. Saja. Saya fikir juga, "Kan best kalau ada suami sekarang ni, boleh dia hantar saya pergi sekolah naik kereta. Kalau saya nak pergi mana-mana boleh dia hantar." HAha,sekali lagi.. :p

Sebenarnya, saya sekarang ni setuju juga, dengan kata seorang kawan saya. "Pergi kahwin terus!". Itu kalau malas dah nak bersabar. Sebenarnya, takut dosa. Takut dalam keadaan kita tak perasan, kita sedang top up dosa kita. Zina mata, zina hati.. Astaghfirullahal 'azim. Kawan saya dulu pun pernah kata time saya tanya dia doa apa entah. Dia kata, kahwin tu boleh tenangkan hati. --InsyaAllah, kawan yang ini boleh percaya nasihatnya. Muahaha(ketawa baik).

Tapi, berusaha sabar jugalah. Iyalah, kumpul duit dahulu dan yang penting, kumpul ilmu dahulu. Ilmu agama dan sebagainya. Macam saya ni, saya kena belajar peramah dengan orang. hihi.

Kat sekolah dulu, saya garang kot. Tu lah, tak ramai lelaki nak dekat. Usha dari jauh beranilah depa(ye kut) haha. Tingkatan 4 lah rasanya yang ketara garang tu. Tapi bagus juga macam tu. Sebab saya rasa selamatlah sikit daripada godaan-godaan yang berkaitan dengan lelaki.

Jadi...., jomlah kita bersabar bersama-sama. Pergi belajar rajin-rajin sampai tak ada masa nak fikirkan si dia sangat.

Pesanan : Mak saya kata kalu budak kecil macam Aaron kena kata dia 'semangat'. Jadi, kalau cakap 'gemuk', tak boleh. hihi.

Peace out. (Tadi best betul dengar Aaron gelak. :)) )



Dulu-dulu Saya pun Pernah Begitu..

Salamu'alaikum. Sawadikap.. :)

And this time, I want to talk about.. Hangpa baca ja lah, na.. :) . Lepas STPM, saya cuma di rumah sahaja. Berusaha mengisi UPU, berusaha berdoa dan menunggu result nya.

19 April 2012 merupakan hari yang bermakna bagi kami sekeluarga. Lebih bermakna lagi bagi kakak kedua saya dengan suaminya kerana telah selamat melahirkan seorang putera. Beratnya 2.7 kg. Kakak saya yang itu pun badannya memang kecil saja. Kurus. Alhamdulillah, :) Sihat, tapi ada juga dia dapat penyakit Kuning atau jaundice. Tak pasti pula berapa lama. Kakak ni berpantang di rumah mertuanya.

Kakak saya bekerjaya, jadi tak dapat sentiasa jaga anak dia. So, lepas habis cuti bersalin, ibu,ayah dan saya pergilah rumah dia untuk jaga Aaron, my first nephew tu. Actually, kakak ambil cuti lagi 2-3 hari kut after maternal leave.

Kerja saya di sana, buat susu Aaron, siap-siapkan pakaian dia lepas dia mandi, sediakan losyen and barang-barang 'make-up' dia lepas mandi. Dalam tempoh waktu tu, banyak perkara yang baru saya terasa, yang saya baru perasan. Saya perasan yang sukar juga menjadi seorang ibu. Banyak karenah si anak yang ibu kena layan. Ibu saya meletakkan dua tapak jarinya pada kaki Aaron, "Tengok ni. Masa kecil, tapak kaki besar dua jari je. Sekarang?", katanya pada saya. Saya pun, angkat kaki, ukur tapak kaki dengan jari sendiri. Memang berjari-jari ukur tapak kaki saya with my fingers. Hihi.

Terasa saya dengan pengorbanan yang pernah ibu saya lakukan untuk saya dahulu. Bagi mandi saya, susukan saya dari susunya sendiri, pakaikan saya, mendodoi saya hingga lena, bersihkan najis saya dan yang paling penting, ibulah yang menanggung segala kesakitan bersalin. Allahu Akbar. Besar sungguh pengorbanan dan kasih-sayang ibu pada anak. Besar pengorbanan ibu dan ayah saya pada saya.

Nak mandikan Aaron kena guna air panas. Suamlah. Kalau sejuk, menjerit pulak dia. Sekarang ni kan dah moden sikit. Bolehlah guna water heater. Tapi kami tak guna juga benda alah tu. Saya still kena isi air panas from thermo pot, sebab bilik air bawah tiada water heater. Water heater kat atas ada, tapi ibu saya mana nak larat asyik turun naik tangga. Itu alhamdulillah ada thermo pot. Tak payah nak pergi jerang air setiap kali waktu mandi budak. Agaknya, itulah rutin my parents dulu-dulu ye.


Baby ini pula, bukan sentiasa bermood baik. Kadang-kadang mengamuk juga dia. Biasanya Aaron suka mengamuk bila lapar(of course), tak cukup tidur and bila mana dia lambat buang air besar. Yelah, perut tak sedap kan.
Menjerit menangis dia. Kami dah risau dah. Letak dia dalam posisi mana pun, dia tak diam lagi. Kalau diam pun, kejap je. Penat juga my mom pujuk dia. Bila malam, memang cepatlah ibu saya mengantuk. Dalam pukul 9 tu dah mengantuk. Ketika saya bayi, mesti saya pernah buat ibu saya macam tu kan? Bersabar sungguh ibu bapa dengan kita.

Tuan Putera Aaron kami ni, nak tidurkan dia biasanya kena dalam dukungan. Haha. Nak tidurkan dia pun, bukan sekejap. Boleh lenguh juga tangan saya dok dodoi, tepuk-tepuk dia. Mula-mula masa umur dia dua bulan lebih, tidur sekejap je then bangun. Manalah dia tak cukup tidur. Penat je tidoqkan dia tadi.

Bila tiga orang yang jaga and tengokkan that little dude, barulah rasa ringan sikit kerja. Kalau saya nak buat seorang, aduih memang penat.

Tapi, nasib baik and alhamdulillah En. Aaron saya seorang ini, rajin senyum. Suka kalau dilayan. Alhamdulillah, boleh terubat sikit lelah tu. Hihi.

Banyak perkara yang saya belajar ketika di rumah kakak. Bukan setakat menguruskan bayi, tapi belajar menjadi seorang yang kemas dan pembersih. Alhamdulillah.. Everything happens for a reason.

I LOVE YOU, Mom and Dad.  May ALLAH always pour down HIS blessings to both of you. Aameen. :)


Aaron masa umur 2-3 bulan
Aaron masa umur 4 bulan lebih





















Sunday, 9 September 2012

Why, Oh, Why..?

Assalamu'alaikum. Marhaban O my blog's visitors. :)

Saya buat blog ini sebab, kat facebook kalau nak tulis panjang-panjang orang rasa tak minat nak baca. I bukanlah buat survey ke apa pasal orang malas baca status panjang ni. Disebabkan saya sendiri susah nak pergi luang masa baca status yang panjang, so I figured out yang akan ada juga orang lain yang sama macam saya.

Bukannya saya takkan langsung baca post panjang dalam facebook, tapi tak banyak post panjang yang dah saya baca.

Jadi, daripada tulis tak ada orang yang baca, lebih baik tulis di medium yang masyarakatnya memang akan baca tulisan penulis yang lebih panjang daripada biasa. Bukan juga saya berkira ramai orang baca dan 'like' status saya. Tapi, apa yang saya harapkan ialah mereka dapat intipati yang hendak saya sampaikan. Saya berharap jiwa mereka akan tersedar akan apa yang saya post itu. Dan semoga ukhuwah kami bertambah baik. :)

Walaupun di alam blog, saya cuba untuk tidak celoteh dengan panjang lebar. Maklumlah, maklumat yang ringkas dan padat lebih baik kan..? Saya ini pun tak banyak sangat pengalaman dan pengetahuan. Tengok corak penulisan dan maklumat yang disampaikan pun, dah tahu bahawa Si Penulis(saye) adalah seorang yang biasa-biasa sahaja. So, I'm just sharing with you things that are in my knowledge(oh, my english!). Kepada saudara dan saudari sekalian, silalah perbetulkan apa-apa yang saya tersalah. Even my language pun, tolong tegur-tegur ye. Thank you. :)

Pernah dengar tak tentang kisah Nabi Ibrahim A.S. dengan seekor burung kecil? I want to be like that. Walaupun saya tak dapat padamkan api yang besar, tetapi saya ada usaha untuk memadamkannya. Gitulah perumpamaannya.

That's all for now. Saya nak bagi tahu aja kenapa saya mulakan blog ni. :) Peace out. hihi.

Wassalamu'alaikum. ~ cepat jawab salam saya. Sebab jawab salam tu wajib. :)



Wednesday, 5 September 2012

Resisting & Holding Back Feelings Towards...

Assalamu'alaikum. "Tak jawab dosa, kalau jawab, sayang. :D" -Maria Elena.

Okey, okey, okey... Ha, gapo dio ni yang ambo nak tulih? Hihi. Pasal feelingslah. Perasaan. Perasaan yang dipendam, perasaan yang menggelodak di jiwa. Haha.

For those who are still single, but not so available(yang dah ada pilihan hati), wajiblah tahan/control perasaannya terhadap si dia. I mean, don't go all out about your feelings towards him/her. Contohnya, bermain sms dengan si dia 24 jam, bergayut di telefon or saying 'I love/miss you' di Facebook(ada juga yang lebih daripada ini). Rasa-rasa yang berputik itu perlu dikawal  dengan sebaiknya, agar tak terjerumus kepada perkara yang maksiat. Na'udzubillah mindzalik. Semoga dijauhkan dari perkara seperti itu.

Alhamdulillah, ingin MENcintai dan ingin DIcintai adalah fitrah kita sebagai manusia. Best kan rasa cinta tu? Rasa macam miracle pulak. hihi. Cumanya ada restrictions or rules yang perlu kita patuhi apabila sudah ada perasaan sebegitu. Kita sebagai orang Islam, wajib jaga perbuatan dan hati kita. Jangan sampai terjadinya fitnah pula terhadap diri sendiri dan si dia.

Kalau namanya CINTA, kita mestilah mahukan yang terbaik for our loved ones. Right? Gelengkan kepala, kalau salah. hehe. Kita nak dia sihat, berjaya, dan kita nak Allah redha dengan dia. So, jomlah bercinta dengan cara yang Allah suka. :)

Bercinta sebelum nikah ni memang sukar sikit. Yelah, macam-macam nak kena jaga. Takpelah, ini semuapun untuk kebaikan kita juga.. Allah S.W.T. lebih tahu. :)

Antara perkara yang kita kena jaga ialah tak boleh nak asyik terbayangkan si dia. "Take care, love you", "Windu lah dengan baby girl hari ni", " Papa, malam tadi mama tak boleh tidur sebab asyik ingat Papa je.", ha, ini adalah contoh-contoh perbualan yang dalam Islam sama sekali tak boleh lah untuk pasangan yang belum bernikah. I repeat, yang belum berNIKAH. So, even if you guys are engaged, dah jadi fiancee si dia, still belum boleh berlovey dovey dengan tunang anda. OK?

I have a few tips here that can help us redirecting our thoughts from keep thinking about him/her all the time, from continuing to smile alone. :) (Ni nak jaga sementara menanti saat pernikahan)

First of all, kuasa cinta siapalah yang lebih besar kalau bukan kuasa cinta daripada Sang Pemilik Hati ini. Allah S.W.T. Sampaikan ada orang tu dia tak nak kahwin sebab dia dah dapat rasa nikmat cinta kepada Allah. Tapi mana boleh tuu.. Dialah yang mencampakkan rasa kasih dalam hati ini. Jadi, bersyukurlah kepada-Nya. Bersyukur, dengan cara menjaga cinta kita kepada si dia sebelum pernikahan.

Dekatkan diri kepada Allah. Buatlah solat sunat, mengaji Al-Quran, dzikir. Berselawat.. Mohon kepada Allah supaya dijernihkan kembali fikiran dan hati. Supaya Allah menjaga hati kita dan si dia. Berdo'alah agar dua jiwa yang saling mencintai ini biarlah kerana Allah S.W.T. Juga supaya kita tidak tergelincir di dalam perjalanan mencari keredhaan-Nya (perkahwinan). :)

Secondly, rapatkan ukhuwah sesama kawan. InsyaAllah, rasa rindu dan rasa kosong dapat diisi oleh kawan-kawan. Tapi, kawan yang same gender lah tau. Jangan kalau kita perempuan, kita nak isi dengan enjoy2, sembang2 dengan kawan-kawan lelaki. Bahaya tu, bahaya! Lelaki pun, the same goes to you.
Usahakan juga untuk lebih mesra dengan parents and the other family members. Jangan fikirkan sangat tentang pilihan hati kita tu. Bukanlah tak boleh ingat orang tu langsung, cuma tak boleh lebih-lebih je. :)

Ukhuwah sesama kawan dan keluarga juga mempunyai powernya tersendiri. haha. That is why, I recommend you to spend more time with them. Sayangilah keluarga sendiri dulu, kalau nak sayang orang lain. Kan? Kan?

Thirdly, make use of your time wisely. Isi waktu-waktu lapang dengan perkara yang berfaedah dan yang dapat alihkan tumpuan kita daripada menerawang entah ke mana-mana. Baca komik ke, majalah Solusi ke.. Baca website Langit Ilahi ke. hihi(still nak promote). Ataupun, pergi berkebun. Buat kek ke, memasak ke.. kan.. Sama ada perempuan atau lelaki, pergilah buat rajin. Start jadi pembersih, penyayang and memahami. Di rumah, berlatih rajin sapu rumah, kemas bilik, basuh pinggan even when it's not ours yang ada kat singki tu.

Belajar memasak. Lelaki pun kena reti masak ye. Belajarlah basuh pakaian. Ha, sementara kita mengalihkan perhatian terhadap si dia ni, insyaAllah, kita dapat skills baru. Skills berumahtangga. :D Manfaat kan tu?

Dan usah fikirkan sangat tentang dia. Buat derk je dah. haha. Segala macam media atau apa-apa benda yang berkaitan dengan si dia, ignore sahaja dulu.
Contohnya, Twitter, Facebook, mesej-mesej dan lain-lain lagi. Khuatir nanti bila saja-saja buka Twitternya, ada pula status dia yang berkaitan cinta, buat kita terperasan. Klik FBnya, ada pula gambar comel dia. Takut juga, bila nanti semak-semak semula sms dan mesej-mesejnya, tersenyum seorang diri dan fikiran tu mulalah macam-macam, berimaginasi perkara yang belum halal bagi diri.

Kalau teringat-ingat tu, cepat-cepat istighfar. Ingat Allah.


Okay, selamat mencuba, dan semoga berjaya!


"Ya Allah, mudahkanlah kami menujui jalan suci yang Engkau redhai" - Petikan dialog Ustaz Ilyas dalam drama 'Ketika Cinta Bertasbih: Meraih Ridho Ilahi'.

Segala yang baik, datangnya daripada ALLAH S.W.T. (DIA yang bagi saya ilham), dan yang buruk, segalanya lahir daripada kelemahan saya.