Translate

Showing posts with label Pictures. Show all posts
Showing posts with label Pictures. Show all posts

Monday, 29 July 2013

ALert! Bahasa Melayu di dalam pos ini adalah amat teruk. Dah dia tak nak tulis, kitalah tulis.

Assalamua'laikum guyss..

Sebagaimana yang kita ketahui tentang sepotong hadith popular mengenai panduan memilih pasangan, pilihlah wanita itu bedasarkan wajahnya, hartanya, keturunannya dan akhir sekali, tidak akan pernah rugi bagi yang memilih seseorang wanita itu kerana agamanya.




Sebenarnya ia sangat normal jika lelaki atau perempuan hendak memilih pasangan hidup berdasarkan rupa atau selainnya kerana itu pilihan masing-masing. Namun, perasaan yang lebih istimewa itu hadirnya di dalam fasa pasca pernikahan. Mungkin perasaan sebelum kahwin itu akan menjadi berbeza daripada perasaan selepas berkahwin bagi sesuatu pasangan, wallahu aa'lam. Ini kerana sebelum perkahwinan, pemilihan pasangan adalah disebabkan perkara yang biasa seperti pandangan luaran atau rupa, dan tentunya ianya norma di dalam masyarakat. Apabila bertudung merah, dia gadis berkerudung merah, hatiku tergoda tergugah..,oh maafkan saya, saya tetiba pula mendendangkan lagu Kekasih Halal by Wali Band.

Jadi, apabila akad nikah telah selesai dan sah semuanya, barulah cinta yang sebenar itu akan muncul. Melayari bahtera perkahwinan bersama-sama tentunya akan ada ombak dan badai yang melanda selain hanya manis dan bahagia di sepanjang pelayaran. Di situ, akan ada yang tidak sabar dan menjadi marah atau sabar dan bertolak-ansur. Bunga-bungaa cinta indah berseri di antaraaa...oh, maaf. Saya tiba-tiba pergi menyanyi lagu bunga2 cinta by Asmirandah dan Dude Harlino.

Bermacam-macam faktor yang membuatkan seseorang lelaki berasa diri wanita itu menarik. Faktor rupa paras, intektual, atau kebendaan/material. Wujud juga lelaki yang menyukai seseorang wanita hanya kerana sifat keibuannya seperti cara wanita itu melayan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang dan kehebatannya di dapur! Go Baby, Go! alamak, maaf sekali lagi kerana saya juga secara tiba-tiba(tgn di bahu mata pandang atas) berkata lirik secara gedik seperti Stacy di dalam lagunya Jahat.


Walau apapun, semua orang ada citarasa yang tersendiri apabila berkaitan dengan kualiti pasangan hidup masing-masing. Tiada satupun ciri-ciri wanita atau lelaki idaman yang salah. Jadi, tidak layak untuk manusia itu menilai manusia yang lain mengenai sifat-sifat pilihan pasangan hidup mereka. Namun begitu, mencintai kerana rupa, harta dan juga sifat keibuan masih dikategorikan sebagai cinta dunia, dan sesungguhnya dunia ini tiadalah kekal selama-lamanya. Paras yang lawa akan pudar ditelan usia, dan jika cinta bertapakkan rupa yang menawan, maka pudarlah cinta itu melewati usia tua. Kusangka kau betul betul jatuh cinta, tutt tutt sungguh.. ooppss sekali lagi I bernyanyi-nyanyi secara spontan lagu Stacy jugak bha yang bertajuk Pakai Buang, maaf ya.



Memilih pasangan hidup berdasarkan agamanya, merupakan satu langkah untuk menggapai redha Illahi. Oleh itu, fikir-fikirkanlah sama ada mahu bercinta dengan sebenar-benar cinta, atau bercinta sekadar tuntutan nafsu.

Walaupun sudah ditetapkan ciri dan standard wanita/lelaki pilihan, tetapi Allah S.W.T. jualah yang memberikan cinta itu. Tercampaknya cinta kepada seseorang pada pendapat saya, itu merupakan hadiah dan juga ujian daripada Allah S.W.T. Handle it with care. Kutahu kau menyintaikuu.., Kutahu kau merinduikuu oh kasih.., errkkk dengan tidak semena-mena daku bernasyid Kasih Kekasih by In-team. Soo sorry.




Sekian,

Wallahu aa'lam


I know my BM tak sedaappp. 

Sunday, 28 October 2012

Pakai Baju Baru

Assalamua'laikum. Sihat? Ooo, baru beli pakaian ye.. Alhamdulillah, rezeki.. :) Ini ada doa yang saya google. Doa memakai pakaian baharu.

credit to : this blog

Maksudnya : Ya Allah, bagi-Mu segala puji-pujian, Engkau telah memakaikannya padaku. Daku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dibuat dan daku memohon perlindungan dengan-Mu daripada keburukannya dan keburukan tujuan ia dibuat.

By : Sharingandevil

By : Origamicranes


Selamat beramal. :)

Wednesday, 19 September 2012

Mother Nature

Assalamu'alaikum, hope you are having a nice day. =)

Credit to : Devianart, by Nayzak

"There is no planet B". Cantik kan, kartun itu? Pandai Nayzak ni buat. Alhamdulillah, Allah  bagi dia bakat. Dan alhamdulillah juga dia menggunakan kelebihannya itu di jalan kebaikan. Jalan yang mengajak manusia ke arah kesedaran.

=) Please love our planet, the Earth. Kasihan Bumi di atas tu, menangis dah dia. Bumi kalau dijaga elok-elok, mesti indah.

Isn't this a tranquility -Picture by Goodwolf, devianart

Aahh.. peaceful right? -Picture by Jodesign, devianart


I love the nature. =) Apabila kita melihat keindahan ciptaan Tuhan, bertasbihlah. Subhanallah. =) Melontarkan pandangan jauh ke laut tenang, mendongak langit biru. Berzikirku memuji Allah Yang Esa dan Maha Agung. 

Jagalah kebersihan alam semula jadi dengan semampunya. Kalau tidak mampu untuk memulihara ia, peliharalah alam semula jadi dengan sebaiknya. Buang sampah di dalam tong sampah, bukan di tepinya, bukan juga dicampak ke dalam saluran longkang atau ke dalam sungai. Walaupun sampah itu hanyalah sebesar pembalut gula-gula Hacks. :) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit juga.

Reuse. Be creative and innovative. Botol plastik saja boleh dibuat bekas alat tulis, bekas berus gigi dan macam-macam lagi(mesti boleh buat macam-macam lagi dengan botol plastik tu, yang saya ingat dua itu sajalah). Ehehe, see this one :


Sebenarnya, ada lagi satu video di You Tube yang lagi best gambar dan ceritanya. Offical version punya.Tapi... hihihi.

HA, yang ini aluminium. Cool kan?
Jika kurang berminat untuk reuse, you can just recycle. Apa ya, yang boleh dikitar semula? Plastik, kaca, aluminium dan kertas. Sudah habis minum air mineral dalam botol, asingkanlah daripada sisa organik rumah (sisa makanan). Begitu juga dengan barangan yang diperbuat daripada kaca, aluminium dan kertas. Apabila telah banyak yang dikumpul, bawalah ke tempat pengumpulan barangan kitar semula. Boleh dapat extra money daripada menjual benda-benda itu. Walaupun dia beli dengan harga yang murah, seperti 20 sen untuk satu kilogram kertas, memadailah. Niat kita pun sebenarnya untuk recycle. Kira baiklah tu, sampah bersih daripada rumah, dapat sedikit keuntungan dan dapat membantu usaha memelihara alam sekitar. =)

Haihh.. Kasihan daun clover. Clover's are one of my favourite leaves. -Picture by GeorgiaPeaches, devianart
Renung-renungkan dan selamat beramal.

"...DIA-lah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi, serta mengkehendaki kamu memakmurkannya. ..." Surah Hud- Ayat 61.

Click ini-Tengok maksud bawah sekali. =)

Wassalamu'alaikum.





Monday, 17 September 2012

Tidy Up Your Room

Assalamu'alaikum.




Klik kat devianart tu kalau nak nampak jelas ceritanya. :) Haha. Itulah. Lain kali bilik tu pastikan kemas. Ini kalau ada orang rajin masuk bilik kita time we're not home, insyaAllah balik-balik rumah sahaja, bilik dah kemas dan barang-barang tersusun rapi. Lebih-lebih lagi kalau ibu ayah yang masuk.

Memang bagus dah bersih tu. Tapi... Hihi. As you can see the situation in that doodles lah.
Mak dia tak tahu sangat pasal gadget terbaru. So, habis Wacom Pen dia.

Kalau jadi begitu kat kita, bersabarlah ye. Jangan marah-marah kat si polan yang tolong kemas bilik kita. Niat si polan tu baik. Redha sahaja. Sudah ada pengajaran di situ. Next time, kemaskan bilik.


Diriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dariripada Rasulullah S.A.W. :

 Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”

Sumber :blog orang

*Kalau saya ada tersalah beri hadith, bagi tahu ya.. Thank you. :)




Sunday, 16 September 2012

Sujud dan Rendahkanlah Dirimu Kepada-Nya



"If you prostrate before HIM, you will stand before everyone else"


*Sumber gambar, devianart, by nayzak

*Prostrate = Sujud

Salamun 'alaikum. :)