Anyeong ha saeyo.. :) (Senyuman saya telah kembali di sini) Assalamu'alaikum. =)
Saya telah diperkenalkan dengan makanan ini oleh abang ipar kedua saya, Abang Adee. Abang ipar yang ini memang suka western food kot. Dia dan keluarga dia memang suka tang makanan.
![]() |
Amboi, dah minat meng'garnish' ye.. |
![]() |
Simple, insyaAllah. Walaupun tak cantik saya letak, hias, biar je lah. InsyaAllah lama-lama makin mantaplah. hihi. |
Saya telah diperkenalkan dengan makanan ini oleh abang ipar kedua saya, Abang Adee. Abang ipar yang ini memang suka western food kot. Dia dan keluarga dia memang suka tang makanan.
My kakak, Hamizah yang masak Olio ni di rumah mereka. Untuk rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri lepas. Depa panggil Olio, nama masakan ini.
It's just a simple recipe! Nak tahu tahu tak bahan-bahan dia? Hanya bawang putih, daun sup(parsli), minyak zaitun dan garam(untuk rebus spageti).
Sini saya ceriterakan cara-cara membuat Spaghetti Aglio Olio/Olio nama pendek dia,saya panggil. :)
Mula-mula isi air dalam periuk untuk merebus spageti yang keras tegak tu. Garam jangan lupa letak. Letaklah 1-2 sudu. Haha, saya buh 3 sudu(adui, masin). Biarkanlah air mendidih dahulu. Kemudian, barulah masukkan spageti. InsyaAllah dalam kurang lebih 20 minit dah boleh angkat. Tak usah nak keringkan sangat mee tu. Air rebusan spageti, jangan dibuang semua. Tinggalkan sedikit. 1/2 cawan. Itu cara saya buat. Ada yang kata reserve/simpan beberapa sudu sahaja
Bawang putih, ambillah dalam 6 ulas. Slice thinly. Hiris nipis sahaja. Minyak zaitun, awak gunalah kurang daripada 1/2 cawan. Sebab saya buat 1/2cawan, dan hasilnya, macam terlebih minyak. Eden tak kisah sangat minyak tu lebih, sebab minyak yang digunakan ialah minyak zaitun. So, tak worries sangat. Daun sup pula, kita cincang halus. Dan additon, saya letakkan juga lada hitam(pedas baru sedap, bagi sesetengah orang macam kami :) ). Lada hitam saya tak masak sekali. Nak letak keju Parmesan pun ok je. Tapi saya tak letak.
=) Alright, sambil-sambil rebus spageti, kita mulakanlah buat sosnya. Api jangan dibuka dahulu. Tak perlu panaskan minyak dahulu. Masukkan minyak dan bawang putih. Selepas itu, turn on the heat to medium. Biorkan aja, sehingga anda nampak bawang putih itu dah bubbles (hangpa faham dak, apa yang ceq explaian ni..), teruslah tukar api kepada kecil/low. 'Sizzle gently' kata omputih. Gaul-gaul, sehingga bawang putih bertukar warna kepada perang, but not too brown or else you gonna burn the garlic. We don't want that to happen.
Okay, sudah keperangan, segera matikan api dan tuangkan air rebusan spageti yang kita simpan tu. Chef John dalam foodwishes tu kata, ia akan memberhentikan proses memasak bawang putih tersebut.
Kemudian, campurlah sos itu dengan spageti. Gaulkanlah bersama daun sup. Letaklah lada hitam kalau suka.
Masa saya makan di rumah kakak, dia ada masukkan hirisan daging. Depa masuk ikut selera depalah. Yang saya punya jadi masin tu rasanya sebab air rebusan. Spagetinya tak masin, cuma rasa masin itu datangnya daripada kuah/sos dia. Jadi, pengajaran di sini, garam biar kurang tak apa. Jangan lebih. Sebab kalau kurang, nanti boleh saja kita tambah.
Again, selamat mencuba! Go map seup nee dah = Terima kasih. Bahasa Korea.
oglio glio makin gemuklah saya
ReplyDelete