![]() |
Muhammad & saya, Eidul Adha 2012, rumah nenek |
SMS :
Saya : Muhammad, dah beli ke minyak wangi yang aku pesan tu? Kalau dah beli, aku tak ganti kosnya.
Saya juga menyatakan yang bukanlah saya tidak mahu mengganti wangnya semula, tetapi dalam tangan saya tiada wang yang mencukupi. Jadi, saya kata terpulanglah pada dia sama ada mahu membelikan saya minyak wangi itu atau tidak.
Muhammad : (muhammad tak balas)
Sampai rumah :
Waktu Muhammad berkemas beg dia,
Muhammad : Nah, minyak wangi. (Sambil mengeluarkan sesuatu daripada poket sisi beg sandangnya).
Saya : Ha, mana minyak wangi? (Tangan sudahpun dihulur kepada Muhammad)
Muhammad : (Sambil menghulurkan minyak wangi), Tak payah bayar.
Masa dia kata "Tak payah bayar", saya dah agak sesuatu.
![]() |
Yang kuning tu lah, minyak wanginya. Itupun saya dah pakai sikit2. Tapi percayalah memang banyak itu je lebih kurang. |
Saya : Bagi yang dah habis. (tak ingat saya kata apa kat dia dah. haha. Dialog rekaanlah ni)
--sambil membelek-belek isi padu minyak wangi yang tinggalnya hanya sedikit.
Muhammad : Perempuan mana boleh pakai minyak wangi banyak-banyak.
--------------------------------------------------------------------------------------
Eee, Muhammad ni. Tak adalah saya nak pakai harum semerbak bila di luar rumah. Pakailah waktu nak bersembahyang, nak tidur ataupun saja-saja dalam rumah.
Untuk pengetahuan pembaca, minyak wangi tu wangi sangat baunya. :) Masa adik saya bagi botolnya itupun, rasanya bau lagi wangi daripada first time saya bau. Haha.
Tak apalah Muhammad, aku bersyukur. Alhamdulillah, dapat juga minyak wangi itu daripada tak dapat langsung. Terima kasih, Muhammad! :)
Ting!!>> Tajuk tu faham tak? hihi, nama Muhammad eja terbalik.
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave your constructive comment. Silakan memberi komen yang membina. :)