Translate

Thursday, 4 October 2012

Knowledge

Assalamu'alaikum. Como estas? :)

"Study sampai mati", that's what I wrote in my Facebook profile. Haha. Ganas juga bahasa tu kan? :D
Wajib bagi kita untuk menuntut ilmu. Saya sekarang ini walaupun belum sambung belajar di mana-mana institusi pendidikan, saya masih juga belajar perkara-perkara asas dalam kehidupan.

Kita perlu sentiasa bergerak mencari ilmu. Lebih-lebih lagi, ilmu fardhu 'ain kita. Pengetahuan tentang solat, puasa. Tidak boleh duduk berdiam dengan pengetahuan kita yang kononnya sudah cukup itu. Tak cukup sebenarnya. Percayalah.

Contohnya, betulkah cara duduk antara dua sujud kita, begitukah cara melakukan sujud sahwi? Sentiasa cari jalan/ atau berusaha untuk khusyu'. Puasa pula, kalau terlupa niat pada malam hari, tetapi ada bersahur bagaimana? --- Pelbagai lagi persoalan mengenai dua benda ni. Saya je tak tulis. ihi.

Another thing, Tajwid. Cara menyebut makhraj huruf dengan betul, panjang harkat Mad Jaiz Munfasil adalah berapa sebetulnya. Jangan ingat dah khatam Al-Quran masa Darjah 6, tidak perlu belajar lagi tajwid. Walaupun ustaz/ustazah yang mengajar kita tu puji, "Wah, mumtazlah tajwid kamu ni Aaron!", kita masih kena refresh semula ilmu-ilmu itu.--haha, saja guna nama anak orang tu. :)

Belajar memasak di rumah, dapat ilmu juga tu. Barulah tahu yang api panas, tak boleh ada air di dalamnya. Meletup-letup nanti. Barulah tahu juga jika tidak mahu minyak merecik, masukkanlah asam keping.

Don't be ignorant. My teacher once said at the assembly, "Ignorance is no excuse". Lebih kurang macam tu lah. Cikgu Naim Nair bin Abdullah. Cikgu disiplin tu.. Entah kenapa, saya suka cikgu tu. Mungkin orang takut dengan dia dan pelajar-pelajar nakal suka memaki dia belakang-belakang, tapi saya rasa dia seorang yang kelakar. Hihi.-- haha, kang entri ini penuh pasal beliau pula. Dah2, sambung....
Jadi jangan biarkan kejahilan kita menjadi alasan kita berada di takuk yang lama. Usaha untuk improve diri.

One more, untuk orang yang macam saya. hihi. Maksudnya, tidak bekerja luar, tidak keluar bersama kawan-kawan. Amatlah penting bagi kita untuk mencari peluang mempraktikkan social skills. Haa, setakat Facebook dan Twitter serta SMS, memang tak cukup ye.. Kena juga bergaul dengan orang secara face to face. Kalau ada gathering atau jamuan yang dihadiri saudara-mara, ringan-ringankanlah mulut menyapa. Ringan-ringankan juga tulang untuk tolong basuh pinggan atau agihkan lauk. Penting kemahiran berkomunikasi ini.

Tapi baru-baru ini saya dapat tahu, ada juga orang kalau nervous, mulut akan bercakap aja. Best betul! Kalaulah saya macam itu, tinggi peluang untuk dapat apa-apa temuduga.

Jadilah orang yang berilmu. Kerana ilmu itu yang akan menjaga kita. Amal beserta ilmu adalah lebih baik daripada amalan tanpa ilmu. :)

Semoga kita dijauhkan daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Aamiin. Jia you!

Ok.. Until next time, Wassalamu'alaikum.


*Terima kasih, Muhammad Sufi, kerana betulkan vocabulary.




No comments:

Post a Comment

Feel free to leave your constructive comment. Silakan memberi komen yang membina. :)