Translate

Sunday, 7 October 2012

Kalau Ada Izin-Nya

Assalamu'alaikum. --Kawan saya ada seorang yang menjalankan perniagaan arnab. Arnab peliharaan dan arnab daging.


Ini arnab zoo. Zoo Taiping

Apa yang binatang comel ini sedang lakukan? Mengeram telur ke? Arnab mana pula bertelur, depa beranak. Tak bergerak-gerak pun dia daripada tempat tu. Hihi. Kelakar. Geli hati rasanya tengok dia ni.

Sebenarnya bila perhati haiwan pun kita boleh ingat akan kebesaran Allah S.W.T. 

How the birds can fly in the air? Burung ada flight feathers dan ada furcula bone di dadanya(penting sebagai rangka yang menyokongnya untuk ia mengepak kepaknya). Dan kepaknya was design to create thrust and lift force. Daya tujahan dan daya angkat. And so, they can fly. Ini rasanya cuma sedikit sahaja penerangan tentang cara burung tu boleh terbang. Ada lagi yang lebih detail.

Tapi, sebenarnya, Allah S.W.T. yang mengizinkannya terbang. Everything happens dengan izin Allah S.W.T. Ayah saya selalu ingatkan bahawa, daun yang sudah hendak gugur itu pun, tidak akan gugur tanpa izin Allah S.W.T.

Tuntasnya, yakinlah dengan sepenuh-penuh keyakinan terhadap DIA. Jangan ingat makan itu dapat mengenyangkan, jangan ingat minum itu dapat menghilangkan dahagamu. Kita cuma berusaha, dan Allah yang akan tentukan. Sama juga bila kita berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi. 

Keep this in your mind, " Money can buy medicines, but not health." 


Saya minta maaflah kalau ayat tak berkait, atau penjelasan mengelirukan.


Assalamu'alaikum. Annyeonghi gaseyo.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave your constructive comment. Silakan memberi komen yang membina. :)