Assalamu'alaikum. Ahlan wa sahlan. :) --
prepare yourself for this is a long post. :)
Alhamdulillah, sekali lagi keluarga kami dikurniakan seorang lagi cahaya mata.
My second nephew, Luqman Hakim Ibn Hairul Anuar,
was born on 1st September 2012. Ini anak kakak pertama saya. Jadi,
as for today umur dia 1 bulan, 1 hari :) .
Kakak saya berpantang di rumah kami,
since the first day dia keluar hospital. Tapi, tadi baru balik rumah dia. Abang ipar ambil cuti seminggu. InsyaAllah, kakak akan habiskan pantang dia di rumah sendiri. Rumah kami pun bukannya jauh sangat. Jadi, insyaAllah, senanglah kalau dia nak ulang-alik ke rumah pun.
Masa Aaron, saya dapat pengalaman jaga anak kecil atas umur 2 bulan hingga 4 bulan. Sekarang ini dah nak masuk 6 bulan. InsyaAllah 19/10 ni genap 6 bulan. Kelmarin dia datang, memang tak tentu arah juga saya layan dia. Haih, tak pandai saya... Tapi dia kalau dengan mak saya, okey. Mak saya pandailah main-main, bergurau-gurau dengan dia. Malas saya nak lebih-lebih, sebab abang ipar ada.
Alright2, orang nak cerita pasal Luqman Hakim..Jadi, kali ini, saya punya pengalaman dengan bayi baru lahir, dalam pantang. Sebenarnya, bayi baru lahir lagi susah. Kita tak faham dia. Dia ni menjerit sebab lapar ke, sakit ke, suruh tukar lampin ke...?
So, kena
check semua tu. Mula-mula, intai lampin dia, ada najis tak. Kalau tiada,
try bagi susu. Tapi kalau tak nak susu, kena pujuk dia. Macam-macam cara juga mak ayah dia cuba. Tapi dah lama pun, Luqman tak diam lagi. Akhirnya, suakan susu balik kat dia. Haha, dah penat merengek, baru nak minum. Tapi masa nak bagi susu pun cabaran juga. Luqman ni, minum susu ibu. Kadang-kadang dah bagi kat mulut dia pun, dia macam tak puas hati je. Memang kena banyak bersabar.(mak dialah yang banyak bersabar)
Untuk Luqman, saya tak banyak tolong dia. Cuma macam biasa, sediakan
pampers,
wet tissues kalau dia 'yakk' atau kencing. Sesekali saja pilihkan baju dia. Lepas Luqman mandi, siapkan tuam dia. Jintan hitam dibungkus dalam sapu tangan, kemudian panaskan(gosok) pada) seterika. Macam-macam kena buat untuk bayi baru lahir, rupanya. Menjerit juga dia, mula-mula lepas mandi. Tapi sekarang ni, alhamdulillah, dia dah faham kot. Kalau lambat siapkan dia je, baru dia marah, hihi.
Apabila tengah malam menjelang tiba...Kita masa itu dah mengantuk kan? Dah sedap tidur..
Baby, biasalah belum mampu nak urus diri. Tak boleh punya dia pergi jalan sendiri, kejut mak dia elok-elok minta susu. Tak boleh basuh 'yakk' sendiri lagi. Sedang mak ayah dia nyenyak tidur, dia akan menangis(
no tears pun, cuma nak kejut orang) bila ada yang tak kena.
Sometimes bila tiada apa pun, tiba-tiba je dia akan menjerit. Mengigau lah tu.
Kesian pada mak dan ayah dia. Mesti tak cukup tidur tu. Dulu, kita pun macam tu. Kesian kat mak ayah kita sebab dah susahkan mereka. Bukannya sehari dua. hmm..
Berpantang.. Kalau seribu kali mengeluh pun, tetap juga kena berpantang si ibu yang baru bersalin. Mengikut amalan tradisional, tak boleh makan makanan sejuk, 'sejuk', 'berangin' dan berminyak. Lebih-lebih lagi, Luqman kena sakit kuning mula-mula tu. Lebih 2 minggu rasanya. Tak boleh makan kunyit and jamu(herba-herba). Kakak asyik makan ikan kukus je lah. Nak makan ayam pun tak boleh. Takut gatal. Sebab kakak ada gatal-gatal, tapi alhamdulillah dah ok jugaklah sekarang ni. Stokin, 24jam pakai. Kena pakai bengkung
all the time. Tak selesa!
That's what our mom did for us. That's what our dad would do for us. Dengar saja ubat ini bagus untuk anak, terus pergi beli. Tahu saja pegaga itu elok untuk memperbanyakkan susu ibu, segera saja pegaga dibeli, dikisar dan diminum oleh ibu, tidak kiralah enak atau tidak.
.jpg) |
Kecil lagi ni, entah hari ke berapa. |
 |
Hari kelapan. Aqiqah di rumah neneknya di Kundang |
Please appreciate them while there are still here with us. Serve them well, while we still can. :) Ketahuilah bahawa redha Allah S.W.T. itu terletak pada redha kedua ibu bapamu.
Au revoir. :)