Translate

Thursday, 27 December 2012

Be Strong

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, bersua lagi kita di lembaran maya ini. Saya bukan ustazah(warak). There's plenty of flaws in me that I need to repair. I'm trying. Right now, I know that I'm not striving real hard. It's not enough and I realize that bitter truth.

:) saya amat bersyukur dengan peluang hidup yang Allah S.W.T. telah berikan kepada saya sehingga ke saat ini.

Islam ini syumul(menyeluruh). Allah tak suka orang yang  berputus asa. Jadi, bila jatuh bangunlah semula. Jika keputusan exam dapat fail atau tidak memuaskan, kita tingkatkan usaha. Bila beberapa orang kawan tak suka kita/dengki/cemburu, jangan terus menyendiri dengan tanggapan orang lain di sekeliling juga begitu.-- Usaha ambil hati mereka dan tolong doakan mereka supaya mereka dapat menerima kita.

Begitu juga dengan our journey in love. Putus cinta buat kali pertama, jangan selamanya ingat semua golongan lelaki/perempuan itu all the same. Itu semua pengalaman hidup untuk menjadikan kita lebih matang dan lebih baik. Ambil saja pengajaran daripada hubungan pertama yang tidak menjadi itu, supaya kita akan lebih berjaya di dalam hubungan yang akan datang--hubungan yang kekal, diredhai Allah dan yang mampu bawa kita ke syurga-Nya & menjauhkan kita daripada azab Allah taa'la.

Think positive. Jangan sekali-kali sangka buruk kepada Pencipta.

Kuatkan hati dan ingat Allah selalu.

---Maybe ada sambungan.. (*ni nak sambunglah ni)

Please be prepared for the problems that might occur ahead. --(hihi, satu ayat je. :) )

Akhir kalam, please pray for me. Thank you. And thank you again for reading my blog yang tidak seberapa ini.

Segala yang baik datangnya daripada Allah S.W.T. sendiri, dan segala kekurangan itu datangnya daripada diri saya yang bergelar insan.

Sunday, 23 December 2012

Ketika Cinta Bertasbih

Assalamua'laikum (saya memang tak boleh tinggal salam kot. hihi)


"Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar,
 Namun jika cintaku datangi,
 Aku jadi malu pada keteranganku sendiri,
 Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
 Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang,
 Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskan.

 Kata-kata pecah berkeping-keping,
 Begitu sampai kepada cinta,
 Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya,
 Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
 Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan."

Rujukan 2 baris terakhir, Cerita saya dan dia

---**Eh, tak jadilah. Takut diplagiat. hihi.

P/S : Den saja tulis bondo ni. It's my turn pula nak tulis/pos ayat-ayat romantis sebegini. Hihi. Di'higlight'kan, SAYA SAJA-SAJA.

Sunday, 2 December 2012

Buktikan Cintamu

Assalamua'laikum :)

Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya(sesama muslim) seperti dia mencintai dirinya sendiri. Hadith ni. Bukan saya main suka hati cakap. Walaupun kita tak dapat nak perangi zionis secara fizikal, insyaAllah kita masih mampu untuk memberi sokongan kepada saudara kita yang sedang berjuang di sana dari segi makanan dan ubat-ubatan melalui sumbangan.


You can donate to : Tabung Palestin HALUAN
BIMB      : 14-023-01-003429-2
Maybank : 5644 9020 8528

Tidak mampu nak bantu secara kewangan? Bantulah dengan doa. Sesungguhnya, doa adalah senjata orang mukmin.  Qunut Nazilah.


Kalau tak dapat lagi nak doa qunut tu, doakan sahaja secara istiqamah di dalam setiap doa-doa kita. Jazakallahu khairan. :)

http://secawanshai.wordpress.com/2012/08/

Friday, 30 November 2012

Enduring (tajuk macam teruk sangat je.hihi)

Assalamua'laikum.

Saya jaga kaunter di sebuah spa sekarang ini. Semalam waktu pelanggan nak bayar, saya beritahulah harganya, RM65. Sebab saya dah tanya staf yang handle rawatan dia. Saya tanya, "Pelanggan tu buat Cold Mask ke?" Dia jawab, ya.

Then, waktu nak bayar, saya beritahulah harga, siap buat resit. Alhamdulillah ada masalah sikit bila dia nak bayar, iaitu kat kaunter tak ada wang kecil untuk baki dia. Jadi, lama sikit dia kat situ. Seorang lagi staf keluar ke depan, katanya. "RM116 ea." Rupanya dia buat rawatan galvanik.

Pelanggan tu kata, "Dia ni tak tahu harga. Buat malu je". Ada ke dia kata saya tak tahu harga.. Yang "buat malu" tu entah dia cakap dia yang malu ke saya yang malu. Ish..ish.. Tak apalah, small matter je ni. saya pun tak adalah marah sangat kat makcik tu bila dia kata saya begitu.

Benda-benda kecik begini, tak perlulah kita nak fikirr sangat. --tapi hal harga tu, memang kena pastikan betul-betul dahulu lain kali. Kalau difikirkan sangat, diri kita sendiri yang akan tertekan. Just smile, giggles sikit and insyaAllah akan rasa better. Take it positively.


Sebenarnya, kalau ada orang datang situ, saya lebih suka panggil depa makcik, kakak. Memandangkan saya kena bekerja secara profesional, kenalah juga panggil diorang puan, cik. Saya suka panggil mereka begitu(tak formal), sebab akan rasa lebih mesra. Saya pandang mereka ini, sebagai saudara saya. Saudara seislam. Kalau dengan sedara, mestilah nak mesra kan..

Alhamdulillah, hari Selasa lepas saya dapat 3 kaunseling percuma. :) Nasib baik, tak mengalir air mata time kaunseling free tu. Tapi, ada sikit-sikit air dalam mata. Rasanya depa tak perasan kut.
*UPDATE--eh,eh, bukan dalam satu hari dapat 3 kaunseling percuma. Satu hari dapat satu, esoknya dapat 2 kali. Hihi. :)

Ohkey, buhbye. hihi.




Sunday, 18 November 2012

Bila Outing Nu'della

Hahaha.. I saw you. and you were smiling when you know I was there too.

Hari ni ada org Arab dtg. Huh,agak jenuh cari perkataan 'halus'. Nak ckp yg scrub tu utk haluskan kulit. Bantai cakap 'halus' juga. Dia sebenarnya tanya untuk isteri dia.


Yey,yey.. ada banyak cerita.... boleh tulis post byk2, panjang2... haha.
 Alhamdulillah.



Assalamua'laikum---mengantuk. ZzzMberkk.. ZzZ

*dikemaskini : Haih, cuti sehari je. So, agaknya cerita2 tu tulis dan hold dlm diari dululah. :)

Monday, 5 November 2012

Frust

Salam a'laik.

Saya tengah frust. Whatever it is, everything happens for a reason. Or for reasons.

Terimalah dengan hati yang terbuka.
Alwayslah berbaik sangka dengan makhluk dan yang paling penting, berbaik sangka pada Allah S.W.T. DIA adalah seperti apa yang hamba-Nya sangkakan.

Eventhough you went through hardship after hardship and rejection after rejection, please do not give up. Never. InsyaAllah akan ada yang lebih baik dan sesuai untukmu. InsyaAllah ada pengajaran yang kita boleh dapat daripada semua itu.



(---Macam tulis mesej kat orang pulak...hihi. Eh, tengah frust mana boleh 'hihi'.)-->ini sebelum update


Semoga redha dan Alhamdulillah 3ala kulli hal. :)

Wednesday, 31 October 2012

dammahuM

Muhammad & saya, Eidul Adha 2012, rumah nenek

Adik saya yang sedang belajar di IPT, balik pada 25/10 yang lepas untuk meraikan Hari Raya Aidil Adha bersama-sama kami. Sehari sebelum dia balik ke rumah menaiki bas, saya ada menghantar 'sekeping' SMS.

SMS :

Saya : Muhammad, dah beli ke minyak wangi yang aku pesan tu? Kalau dah beli, aku tak ganti kosnya. 

Saya juga menyatakan yang bukanlah saya tidak mahu mengganti wangnya semula, tetapi dalam tangan saya tiada wang yang mencukupi. Jadi, saya kata terpulanglah pada dia sama ada mahu membelikan saya minyak wangi itu atau tidak.

Muhammad : (muhammad tak balas)

Sampai rumah :

Waktu Muhammad berkemas beg dia,

Muhammad : Nah, minyak wangi. (Sambil mengeluarkan sesuatu daripada poket sisi beg sandangnya). 

Saya : Ha, mana minyak wangi? (Tangan sudahpun dihulur kepada Muhammad)

Muhammad : (Sambil menghulurkan minyak wangi), Tak payah bayar.

Masa dia kata "Tak payah bayar", saya dah agak sesuatu.

Yang kuning tu lah, minyak wanginya. Itupun saya dah pakai sikit2. Tapi percayalah memang banyak itu je lebih kurang.


Saya : Bagi yang dah habis. (tak ingat saya kata apa kat dia dah. haha. Dialog rekaanlah ni)
--sambil membelek-belek isi padu minyak wangi yang tinggalnya hanya sedikit.

Muhammad : Perempuan mana boleh pakai minyak wangi banyak-banyak.

--------------------------------------------------------------------------------------
Eee, Muhammad ni. Tak adalah saya nak pakai harum semerbak bila di luar rumah. Pakailah waktu nak bersembahyang, nak tidur ataupun saja-saja dalam rumah.


Untuk pengetahuan pembaca, minyak wangi tu wangi sangat baunya. :) Masa adik saya bagi botolnya itupun, rasanya bau lagi wangi daripada first time saya bau. Haha. 

Tak apalah Muhammad, aku bersyukur. Alhamdulillah, dapat juga minyak wangi itu daripada tak dapat langsung. Terima kasih, Muhammad! :)

Ting!!>> Tajuk tu faham tak? hihi, nama Muhammad eja terbalik. 



Sunday, 28 October 2012

Pakai Baju Baru

Assalamua'laikum. Sihat? Ooo, baru beli pakaian ye.. Alhamdulillah, rezeki.. :) Ini ada doa yang saya google. Doa memakai pakaian baharu.

credit to : this blog

Maksudnya : Ya Allah, bagi-Mu segala puji-pujian, Engkau telah memakaikannya padaku. Daku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dibuat dan daku memohon perlindungan dengan-Mu daripada keburukannya dan keburukan tujuan ia dibuat.

By : Sharingandevil

By : Origamicranes


Selamat beramal. :)

Friday, 26 October 2012

No on the line,long-long

Saya dah tak lama-lama dah beratastalian(Haha, Cikgu Ruzi...,saya tak tahu..), sejak dua menjak ni. To be precise, since the last Monday. :)


--Cikgu Mohamad Ruzi B. Mohamed Shamsudin ialah guru Bahasa Melayu saya waktu tingkatan enam bawah dan enam atas. :)

Oh, terlupa pula. Selamat Hari Raya Aidil Adha! Cheers. :) ---maaf ye, dah malam baru ucap.

Tuesday, 23 October 2012

:)

Assalamu'alaikum. :)

Ingatkan nak buat post yesterday. Saja nak coret dalam tarikh 22 Oktober 2012. Semalam besstt. Hihi.

Kawan baik saya, Haifaa bawa saya pergi Jusco atau Aeon(dah tukaq nama). Dan seorang lagi kawan baik saya dapat terbang ke tempat idaman. Alhamdulillah, dah sampai dia.

Jusco. Kawan saya yang drive kami pergi situ. Just the two of us. Aihh, rasa nak letak smiley bertubi-tubi pula kat sini. :) Dia belanja saya makan, borak-borak, take pictures. Alhamdulillah. Terima kasih, sahabat.

Actually mula-mula ayah saya kata, "Tak payah lah.". Tapi bagi juga. My father pesan, "Kalau ada kawan lelaki ajak-ajak pergi makan ke apa, jangan ikut.". Lebih kurang begitulah pesanannya. Ohh, barulah saya pasti/confirm yang ayah saya ini memang susah nak lepas saya keluar sendiri. Hihi.

I think we both nervous jumpa each other for the first time since habis SPM 2009. hehe. 3 tahun. Rasa lama juga tu. Saya boleh nampak yang awak nervous. Haha. Saya asyik,"Ye ke?!" :D

Kan dah lama tak jumpa, chemistry tak ada sangat lagi. :D Sampai sana jalan-jalan, boleh pula bertelagah kepala dengan kawan masa nak naik tangga bergerak tu. Tak apa, insyaAllah next time hang tak payah cakap nak lalu mana pun, aku dah tahu. Hihi. Kekok sikit. Biasanya saya pergi Jusco dengan parents. Depa yang guide the way.

Alhamdulillah, I learnt a lot from her at the end of our meeting. Sambil kami di meja makan, tunggu makanan, kami berborak. She said, yang dia kena ada perancangan. Kalau tiada perancangan dia tak nampak nanti apa yang dia nak sebenarnya. About love pula, "Benda ni kan fitrah.", kata dia. Also, antara pengajaran yg saya dapat daripada dia, ialah Cinta itu perlulah bersyariat. We have to be careful when the heart starts to fall for someone. When a person starts to knock on your 'Love Door' . Be extra careful. Sebab, masalah hati ini memang rumit sikit. Dikhuatiri tergelincir daripada jalan yang sepatutnya.

Dalam kereta waktu balik, dia beritahu yang dia nak kerja ni supaya dia menjadi orang yang lebih bersyukur. InsyaAllah nanti dia nak sambung ijazah. Nak guna duit juga tu, kalau dapat sambung belajar di IPTA yang jauh-jauh. Sekurang-kurangnya, dapat bantu kurangkan beban kewangan ibubapa. :)

InsyaAllah Haifaa. :) Semoga menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Semoga menjadi anak dan isteri yang solehah. May Allah bless you. Uhibbuki fillah.

Uhibbukum fillah. :)

--alhamdulillah, habis juga entri ini yang sudah 3 kali kot update. :D


Friday, 19 October 2012

Gembira, Sayu

Assalamua'laikum. =)

:) Eden tak pandai bahasa Arab. Ingat nak tulis puisi dalam Bahasa Arab. huuuuhh. Tak apa.., tak apa.

(Ada hati nak pandai bahasa Arab, bahasa Melayu pun tak pandai lagi.)

 Hihi. There's time/occasion when you should be happy, but you just couldn't help to have a mixed feelings.

Contohnya : Kakak/abang dah nak kahwin. Kita sepatutnya gembira. Tapi dalam gembira itu ada terselit rasa sedih atau sayu(tak tahulah kalau betul penggunaan perkataan ini). Selalunya, dialah kawan kita tidur sebilik, kawan gaduh, kawan luah perasaan. Nanti dia dah kahwin, fokus dia akan banyak pada suami/isteri. Duduk dengan suami/isteri. Lagi-lagi bila mereka tinggal jauh. :(

Contoh kedua : Dapat tawaran belajar di IPTA. :) Wow, Alhamdulillah, sangat gembira! Itulah cita-cita kita lepas SPM. Tapi, universitinya di tempat yang jauh. Di rantauan. Contohnya, orang Sabah/Sarawak dapat tawaran belajar di semenanjung Malaysia. Seronok, diterima belajar tetapi jauh daripada keluarga. Kena naik belon/kapal terbang nak balik rumah. Jadinya, sekali-sekala sajalah dapat bertemu dengan keluarga.

Lumrahlah kehidupan manusia ini. Tak mungkin sentiasa berada dalam keadaan yang selesa. Kata seorang kawan baik saya, "Biasalah mana ada benda yang terbentang senang dalam dunia ni.". Very true indeed.

So, let's take it all positively. Don't forget to smile. It's okay wahai my sisters and brothers. Allah S.W.T. is testing us. By the way, kedua-dua contoh di atas itu memang perkara yang positif pun. :)

-Maaflah kalau saya tulis ni tak berkait ke apa. Sorryy..


May Allah bless us all. :)

-SMILE!- =)

Sunday, 14 October 2012

Yang Patah, Tumbuh. Yang Hilang, Berganti

 Assalamu'alaikum. Comment allez-vous?  =)   ---Kat you tube pun boleh belajar sikit-sikit basic Bahasa Perancis.

Remember that I told you that I went to Taiping, Perak? Maybe not directly, but I did. :)

Saya pergi sana, bawa ke pakai cincin stanless steel. Ada batu putih sebiji. Ala-ala berlian. hehe. Saya suka sebab ianya nampak simple dan.. macam cincin kahwin(kot, haha. tak tahuu). Saya pakainya di jari manis tangan kanan. My mom bought it for me. :)) Muhammad, adik saya pun, mak saya belikan cincin. Tempat yang sama tapi kali lainlah.

Saya kat sana, lepas ambil wudhuk lupa pula nak pakai semula. Ada dalam beg telekung kut. Beg telekung dalam bonet. Kan kami jalan jauh + bawa pakaian sebab tidur sana, ramai pula yang ikut dalam satu kereta. Bonet pun dah macam-macam beg lah ada. Banyak. Jadi waktu kereta berhenti di suatu tempat, saya pun pergi cari beg telekung. Ok,pen dah ambil, apa benda entah lagi yang saya ambil daripada beg tu, dengan cincin sekalilah. Saya letak cincin tu atas barang yang lain, sementara simpan semula beg telekung (ke apa entah yg aku buat..haha).

Saya dah fikir dah, cincin tu dah lah kecil, takut terjatuh mana-mana pula. Saya lantak sajalah, terus pergi masuk kereta, tengok-tengok, tak ada cincin... Sedih juga lah. Entah berapa kali saya ulang alik dari tempat duduk depan, ke bonet. Keluar-masuk kereta. Sebab ada kakak ipar di dalam kereta, malulah nak ulang-alik banyak2.

Akhirnya, sampai ke rumah pun, saya tidak menjumpai cincin tersebut. Hati saya dah redha. Masa hilang di Taiping lagi, saya sudah berkata ,"InsyaAllah". :) Hihi di dalam hati berkata. "Tak apalah, Allah akan ganti dengan yang lebih baik. Dah sampai ajalnya cincin tu.", di bibir menyambung, "InsyaAllah". Cincin itu dah hilang, saya kira ajal cincin tu lah. haha.

Saya pasti Allah S.W.T. akan gantikan saya dengan cincin yang lebih baik. Cincin emas mungkin. :) Dan Dia bagi saya pengajaran juga supaya berhati-hati lain kali, terutamanya dengan barang yang istimewa. Untuk tidak cuai. Nasib baiklah itu hanya cincin bukan emas. Kalau telefon bimbit ke, rantai/gelang emas..huu,lagi kesian kat saya. Takpelah, nikmat Allah kan luas. :)

Tak semua benda kekal di dalam dunia ini. Kalau ada anak saudara/anak kecil atau anak dewasa sekalipun yang terpecahkan/terosakkan barang-barang kita, janganlah marah-marah dia. Bagi peringatan je supaya lain kali dia berhati-hati. haha. Yang sebenarnya, itu sudah sampai waktunya/ajalnya. ---Dulu waktu chilhood, saya memang suka terpecahkan pinggan. Haha.

La Tahzan(jangan bersedih). Be thankful for what you have.
Kita(at least saya) ini bila nikmat ditarik sedikit, barulah terasa, barulah nak ingat Allah kembali.

Semoga kita semua berada dalam kalangan orang-orang yang bersyukur. Aamiinn.





Friday, 12 October 2012

My Spaghetti Aglio Olio

Anyeong ha saeyo.. :) (Senyuman saya telah kembali di sini) Assalamu'alaikum. =)

Amboi, dah minat meng'garnish' ye..

Simple, insyaAllah. Walaupun tak cantik saya letak, hias, biar je lah. InsyaAllah lama-lama makin mantaplah. hihi.

Saya telah diperkenalkan dengan makanan ini oleh abang ipar kedua saya, Abang Adee. Abang ipar yang ini memang suka western food kot. Dia dan keluarga dia memang suka tang makanan.
My kakak, Hamizah yang masak Olio ni di rumah mereka. Untuk rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri lepas. Depa panggil Olio, nama masakan ini.

It's just a simple recipe! Nak tahu tahu tak bahan-bahan dia? Hanya bawang putih, daun sup(parsli), minyak zaitun dan garam(untuk rebus spageti). 

Sini saya ceriterakan cara-cara membuat Spaghetti Aglio Olio/Olio nama pendek dia,saya panggil. :)

Mula-mula isi air dalam periuk untuk merebus spageti yang keras tegak tu. Garam jangan lupa letak. Letaklah 1-2 sudu. Haha, saya buh 3 sudu(adui, masin). Biarkanlah air mendidih dahulu. Kemudian, barulah masukkan spageti. InsyaAllah dalam kurang lebih 20 minit dah boleh angkat. Tak usah nak keringkan sangat mee tu. Air rebusan spageti, jangan dibuang semua. Tinggalkan sedikit. 1/2 cawan. Itu cara saya buat. Ada yang kata reserve/simpan beberapa sudu sahaja

Bawang putih, ambillah dalam 6 ulas. Slice thinly. Hiris nipis sahaja. Minyak zaitun, awak gunalah kurang daripada 1/2 cawan. Sebab saya buat 1/2cawan, dan hasilnya, macam terlebih minyak. Eden tak kisah sangat minyak tu lebih, sebab minyak yang digunakan ialah minyak zaitun. So, tak worries sangat. Daun sup pula, kita cincang halus. Dan additon, saya letakkan juga lada hitam(pedas baru sedap, bagi sesetengah orang macam kami :) ). Lada hitam saya tak masak sekali. Nak letak keju Parmesan pun ok je. Tapi saya tak letak.

=) Alright, sambil-sambil rebus spageti, kita mulakanlah buat sosnya. Api jangan dibuka dahulu. Tak perlu panaskan minyak dahulu. Masukkan minyak dan bawang putih. Selepas itu, turn on the heat to medium. Biorkan aja, sehingga anda nampak bawang putih itu dah bubbles (hangpa faham dak, apa yang ceq explaian ni..), teruslah tukar api kepada kecil/low. 'Sizzle gently' kata omputih. Gaul-gaul, sehingga bawang putih bertukar warna kepada perang, but not too brown or else you gonna burn the garlic. We don't want that to happen.

Okay, sudah keperangan, segera matikan api dan tuangkan air rebusan spageti yang kita simpan tu. Chef John dalam foodwishes tu kata, ia akan memberhentikan proses memasak bawang putih tersebut.

Kemudian, campurlah sos itu dengan spageti. Gaulkanlah bersama daun sup. Letaklah lada hitam kalau suka. 
Masa saya makan di rumah kakak, dia ada masukkan hirisan daging. Depa masuk ikut selera depalah. Yang saya punya jadi masin tu rasanya sebab air rebusan. Spagetinya tak masin, cuma rasa masin itu datangnya daripada kuah/sos dia. Jadi, pengajaran di sini, garam biar kurang tak apa. Jangan lebih. Sebab kalau kurang, nanti boleh saja kita tambah.


Again, selamat mencuba! Go map seup nee dah = Terima kasih. Bahasa Korea.

Sunday, 7 October 2012

Kalau Ada Izin-Nya

Assalamu'alaikum. --Kawan saya ada seorang yang menjalankan perniagaan arnab. Arnab peliharaan dan arnab daging.


Ini arnab zoo. Zoo Taiping

Apa yang binatang comel ini sedang lakukan? Mengeram telur ke? Arnab mana pula bertelur, depa beranak. Tak bergerak-gerak pun dia daripada tempat tu. Hihi. Kelakar. Geli hati rasanya tengok dia ni.

Sebenarnya bila perhati haiwan pun kita boleh ingat akan kebesaran Allah S.W.T. 

How the birds can fly in the air? Burung ada flight feathers dan ada furcula bone di dadanya(penting sebagai rangka yang menyokongnya untuk ia mengepak kepaknya). Dan kepaknya was design to create thrust and lift force. Daya tujahan dan daya angkat. And so, they can fly. Ini rasanya cuma sedikit sahaja penerangan tentang cara burung tu boleh terbang. Ada lagi yang lebih detail.

Tapi, sebenarnya, Allah S.W.T. yang mengizinkannya terbang. Everything happens dengan izin Allah S.W.T. Ayah saya selalu ingatkan bahawa, daun yang sudah hendak gugur itu pun, tidak akan gugur tanpa izin Allah S.W.T.

Tuntasnya, yakinlah dengan sepenuh-penuh keyakinan terhadap DIA. Jangan ingat makan itu dapat mengenyangkan, jangan ingat minum itu dapat menghilangkan dahagamu. Kita cuma berusaha, dan Allah yang akan tentukan. Sama juga bila kita berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi. 

Keep this in your mind, " Money can buy medicines, but not health." 


Saya minta maaflah kalau ayat tak berkait, atau penjelasan mengelirukan.


Assalamu'alaikum. Annyeonghi gaseyo.

Saturday, 6 October 2012

My Chocolate Molten Lava Cake(it's not the recipe)

Assalamua'laikum. --saya tak boleh senyum sekarang ini,,, hangpa senyum sendirilah ye, kat mana-mana ayat/tempat yang berkaitan..

Nak juga hias-hias ehe..

Dalamnya tak adalah runny sangat. Just nice.

Sebenarnya, tak tahu saya ini jadi ke tak. Sebab baru kali pertama makan. haha.


Saya bagi awak link ya.. Foodwishes ,Foodnetwork- yang ini dia ada gunakan arak. Kita punya tak usah campurlah.

Kalau ikut cara bakar Chef John dalam foodwishes tu, gunakan  air panas ye, isi kat bekas luar tu. Klau tak, nanti bawahnya, cair..Tak jadi. Sebenarnya, ada dalam video lain saya tengok, dia simple je. Tidak perlu water bath. Tapi, saya mahu kek itu nampak cantik, that's why saya gunakan cara letak water bath.

Ini lagi satu link LauraVitaleKitchen. Lawaa sangat laman sesawang dia ni. :)

I made this mungkin pada 25/9 yang lepas. Ingat nak buat untuk tetamu, tapi tak jadi buat pula..

Okey, Selamat mencuba! Ada apa-apa nak tahu macam mana buat kek ini versi saya, tanyalah. InsyaAllah saya jawab. Leave your questions kat komen tu. Good day..


Thursday, 4 October 2012

Knowledge

Assalamu'alaikum. Como estas? :)

"Study sampai mati", that's what I wrote in my Facebook profile. Haha. Ganas juga bahasa tu kan? :D
Wajib bagi kita untuk menuntut ilmu. Saya sekarang ini walaupun belum sambung belajar di mana-mana institusi pendidikan, saya masih juga belajar perkara-perkara asas dalam kehidupan.

Kita perlu sentiasa bergerak mencari ilmu. Lebih-lebih lagi, ilmu fardhu 'ain kita. Pengetahuan tentang solat, puasa. Tidak boleh duduk berdiam dengan pengetahuan kita yang kononnya sudah cukup itu. Tak cukup sebenarnya. Percayalah.

Contohnya, betulkah cara duduk antara dua sujud kita, begitukah cara melakukan sujud sahwi? Sentiasa cari jalan/ atau berusaha untuk khusyu'. Puasa pula, kalau terlupa niat pada malam hari, tetapi ada bersahur bagaimana? --- Pelbagai lagi persoalan mengenai dua benda ni. Saya je tak tulis. ihi.

Another thing, Tajwid. Cara menyebut makhraj huruf dengan betul, panjang harkat Mad Jaiz Munfasil adalah berapa sebetulnya. Jangan ingat dah khatam Al-Quran masa Darjah 6, tidak perlu belajar lagi tajwid. Walaupun ustaz/ustazah yang mengajar kita tu puji, "Wah, mumtazlah tajwid kamu ni Aaron!", kita masih kena refresh semula ilmu-ilmu itu.--haha, saja guna nama anak orang tu. :)

Belajar memasak di rumah, dapat ilmu juga tu. Barulah tahu yang api panas, tak boleh ada air di dalamnya. Meletup-letup nanti. Barulah tahu juga jika tidak mahu minyak merecik, masukkanlah asam keping.

Don't be ignorant. My teacher once said at the assembly, "Ignorance is no excuse". Lebih kurang macam tu lah. Cikgu Naim Nair bin Abdullah. Cikgu disiplin tu.. Entah kenapa, saya suka cikgu tu. Mungkin orang takut dengan dia dan pelajar-pelajar nakal suka memaki dia belakang-belakang, tapi saya rasa dia seorang yang kelakar. Hihi.-- haha, kang entri ini penuh pasal beliau pula. Dah2, sambung....
Jadi jangan biarkan kejahilan kita menjadi alasan kita berada di takuk yang lama. Usaha untuk improve diri.

One more, untuk orang yang macam saya. hihi. Maksudnya, tidak bekerja luar, tidak keluar bersama kawan-kawan. Amatlah penting bagi kita untuk mencari peluang mempraktikkan social skills. Haa, setakat Facebook dan Twitter serta SMS, memang tak cukup ye.. Kena juga bergaul dengan orang secara face to face. Kalau ada gathering atau jamuan yang dihadiri saudara-mara, ringan-ringankanlah mulut menyapa. Ringan-ringankan juga tulang untuk tolong basuh pinggan atau agihkan lauk. Penting kemahiran berkomunikasi ini.

Tapi baru-baru ini saya dapat tahu, ada juga orang kalau nervous, mulut akan bercakap aja. Best betul! Kalaulah saya macam itu, tinggi peluang untuk dapat apa-apa temuduga.

Jadilah orang yang berilmu. Kerana ilmu itu yang akan menjaga kita. Amal beserta ilmu adalah lebih baik daripada amalan tanpa ilmu. :)

Semoga kita dijauhkan daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Aamiin. Jia you!

Ok.. Until next time, Wassalamu'alaikum.


*Terima kasih, Muhammad Sufi, kerana betulkan vocabulary.




Monday, 1 October 2012

Begitu Juga Saya, Waktu Itu..

Assalamu'alaikum. Ahlan wa sahlan. :) --prepare yourself  for this is a long post. :)

Alhamdulillah, sekali lagi keluarga kami dikurniakan seorang lagi cahaya mata. My second nephew, Luqman Hakim Ibn Hairul Anuar, was born on 1st September 2012. Ini anak kakak pertama saya. Jadi, as for today umur dia 1 bulan, 1 hari :) .

Kakak saya berpantang di rumah kami, since the first day dia keluar hospital. Tapi, tadi baru balik rumah dia. Abang ipar ambil cuti seminggu. InsyaAllah, kakak akan habiskan pantang dia di rumah sendiri. Rumah kami pun bukannya jauh sangat. Jadi, insyaAllah, senanglah kalau dia nak ulang-alik ke rumah pun.

Masa Aaron, saya dapat pengalaman jaga anak kecil atas umur 2 bulan hingga 4 bulan. Sekarang ini dah nak masuk 6 bulan. InsyaAllah 19/10 ni genap 6 bulan. Kelmarin dia datang, memang tak tentu arah juga saya layan dia. Haih, tak pandai saya... Tapi dia kalau dengan mak saya, okey. Mak saya pandailah main-main, bergurau-gurau dengan dia. Malas saya nak lebih-lebih,  sebab abang ipar ada.

Alright2, orang nak cerita pasal Luqman Hakim..Jadi, kali ini, saya punya pengalaman dengan bayi baru lahir, dalam pantang. Sebenarnya, bayi baru lahir lagi susah. Kita tak faham dia. Dia ni menjerit sebab lapar ke, sakit  ke, suruh tukar lampin ke...? So, kena check semua tu. Mula-mula, intai lampin dia, ada najis tak. Kalau tiada, try bagi susu. Tapi kalau tak nak susu, kena pujuk dia. Macam-macam cara juga mak ayah dia cuba. Tapi dah lama pun, Luqman tak diam lagi. Akhirnya, suakan susu balik kat dia. Haha, dah penat merengek, baru nak minum. Tapi masa nak bagi susu pun cabaran juga. Luqman ni, minum susu ibu. Kadang-kadang dah bagi kat mulut dia pun, dia macam tak puas hati je. Memang kena banyak bersabar.(mak dialah yang banyak bersabar)

Untuk Luqman, saya tak banyak tolong dia. Cuma macam biasa, sediakan pampers, wet tissues kalau dia 'yakk' atau kencing. Sesekali saja pilihkan baju dia. Lepas Luqman mandi, siapkan tuam dia. Jintan hitam dibungkus dalam sapu tangan, kemudian panaskan(gosok) pada) seterika. Macam-macam kena buat untuk bayi baru lahir, rupanya. Menjerit juga dia, mula-mula lepas mandi. Tapi sekarang ni, alhamdulillah, dia dah faham kot. Kalau lambat siapkan dia je, baru dia marah, hihi.

Apabila tengah malam menjelang tiba...Kita masa itu dah mengantuk kan? Dah sedap tidur.. Baby, biasalah belum mampu nak urus diri. Tak boleh punya dia pergi jalan sendiri, kejut mak dia elok-elok minta susu. Tak boleh basuh 'yakk' sendiri lagi. Sedang mak ayah dia nyenyak tidur, dia akan menangis(no tears pun, cuma nak kejut orang) bila ada yang tak kena. Sometimes bila tiada apa pun, tiba-tiba je dia akan menjerit. Mengigau lah tu.

Kesian pada mak dan ayah dia. Mesti tak cukup tidur tu. Dulu, kita pun macam tu. Kesian kat mak ayah kita sebab dah susahkan mereka. Bukannya sehari dua. hmm..

Berpantang.. Kalau seribu kali mengeluh pun, tetap juga kena berpantang si ibu yang baru bersalin. Mengikut amalan tradisional, tak boleh makan makanan sejuk, 'sejuk', 'berangin' dan berminyak. Lebih-lebih lagi, Luqman kena sakit kuning mula-mula tu. Lebih 2 minggu rasanya. Tak boleh makan kunyit and jamu(herba-herba). Kakak asyik makan ikan kukus je lah. Nak makan ayam pun tak boleh. Takut gatal. Sebab kakak ada gatal-gatal, tapi alhamdulillah dah ok jugaklah sekarang ni. Stokin, 24jam pakai. Kena pakai bengkung all the time. Tak selesa!

That's what our mom did for us. That's what our dad would do for us. Dengar saja ubat ini bagus untuk anak, terus pergi beli. Tahu saja pegaga itu elok untuk memperbanyakkan susu ibu, segera saja  pegaga dibeli, dikisar dan diminum oleh ibu, tidak kiralah enak atau tidak.

Kecil lagi ni, entah hari ke berapa.

Hari kelapan. Aqiqah di rumah neneknya di Kundang


Please appreciate them while there are still here with us. Serve them well, while we still can. :) Ketahuilah bahawa redha Allah S.W.T. itu terletak pada redha kedua ibu bapamu.

Au revoir. :)


Friday, 28 September 2012

(Tak tahu letak tajuk apa)

 Assalamu'alaikum. :)
" I used to know that you are serious. Now, I'm sure that you are serious." 
-Fadhilah Md Kasim


Kak Ainaa, terima kasih. :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya minatlah nak tulis cerpen.. Seronok.. Kan? Nanti kalau Allah izin saya dapat pergi belajar TESL ke, Pengajian Bahasa Inggeris ke, dah pandai  BI sikit, boleh try buat cerpen in english. Hihi..



Just saying... :)

Allah yusahhil(semoga Allah permudahkan).

Take care, wahai pembaca.

Thursday, 20 September 2012

Unpleasant

Assalamu'alaikum, Selamat pagi, Sobahal khair -sebab sekarang waktu pagi.

So, di pagi yang baik ini, saya tidak suka nak mengulas panjang pasal satu benda yang saya benci sangat ni. About 'IOM'. It is so hateful, that I don't want to type the movie's full title.

Walau marah bagaimana sekalipun, bertindak bijaklah. Jangan kerana diprovokasi sebegini, kita mula mencarut-carut di bahagian komentar 'You Tube' dan  memaki-hamun di blog. It will just lower our(Muslim, Islam) respectability.

Here I provide you a link. A storiette.

Berdakwahlah melalui akhlak dan peribadi kita sendiri. Hidupkam sunnah Rasulullah S.A.W. =)

Nah, ini.. Love of our hearts. Yang ini, Pleasant. =)

Take care..

Wednesday, 19 September 2012

Mother Nature

Assalamu'alaikum, hope you are having a nice day. =)

Credit to : Devianart, by Nayzak

"There is no planet B". Cantik kan, kartun itu? Pandai Nayzak ni buat. Alhamdulillah, Allah  bagi dia bakat. Dan alhamdulillah juga dia menggunakan kelebihannya itu di jalan kebaikan. Jalan yang mengajak manusia ke arah kesedaran.

=) Please love our planet, the Earth. Kasihan Bumi di atas tu, menangis dah dia. Bumi kalau dijaga elok-elok, mesti indah.

Isn't this a tranquility -Picture by Goodwolf, devianart

Aahh.. peaceful right? -Picture by Jodesign, devianart


I love the nature. =) Apabila kita melihat keindahan ciptaan Tuhan, bertasbihlah. Subhanallah. =) Melontarkan pandangan jauh ke laut tenang, mendongak langit biru. Berzikirku memuji Allah Yang Esa dan Maha Agung. 

Jagalah kebersihan alam semula jadi dengan semampunya. Kalau tidak mampu untuk memulihara ia, peliharalah alam semula jadi dengan sebaiknya. Buang sampah di dalam tong sampah, bukan di tepinya, bukan juga dicampak ke dalam saluran longkang atau ke dalam sungai. Walaupun sampah itu hanyalah sebesar pembalut gula-gula Hacks. :) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit juga.

Reuse. Be creative and innovative. Botol plastik saja boleh dibuat bekas alat tulis, bekas berus gigi dan macam-macam lagi(mesti boleh buat macam-macam lagi dengan botol plastik tu, yang saya ingat dua itu sajalah). Ehehe, see this one :


Sebenarnya, ada lagi satu video di You Tube yang lagi best gambar dan ceritanya. Offical version punya.Tapi... hihihi.

HA, yang ini aluminium. Cool kan?
Jika kurang berminat untuk reuseyou can just recycle. Apa ya, yang boleh dikitar semula? Plastik, kaca, aluminium dan kertas. Sudah habis minum air mineral dalam botol, asingkanlah daripada sisa organik rumah (sisa makanan). Begitu juga dengan barangan yang diperbuat daripada kaca, aluminium dan kertas. Apabila telah banyak yang dikumpul, bawalah ke tempat pengumpulan barangan kitar semula. Boleh dapat extra money daripada menjual benda-benda itu. Walaupun dia beli dengan harga yang murah, seperti 20 sen untuk satu kilogram kertas, memadailah. Niat kita pun sebenarnya untuk recycle. Kira baiklah tu, sampah bersih daripada rumah, dapat sedikit keuntungan dan dapat membantu usaha memelihara alam sekitar. =)

Haihh.. Kasihan daun clover. Clover's are one of my favourite leaves. -Picture by GeorgiaPeaches, devianart
Renung-renungkan dan selamat beramal.

"...DIA-lah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi, serta mengkehendaki kamu memakmurkannya. ..." Surah Hud- Ayat 61.

Click ini-Tengok maksud bawah sekali. =)

Wassalamu'alaikum.





Monday, 17 September 2012

Tidy Up Your Room

Assalamu'alaikum.




Klik kat devianart tu kalau nak nampak jelas ceritanya. :) Haha. Itulah. Lain kali bilik tu pastikan kemas. Ini kalau ada orang rajin masuk bilik kita time we're not home, insyaAllah balik-balik rumah sahaja, bilik dah kemas dan barang-barang tersusun rapi. Lebih-lebih lagi kalau ibu ayah yang masuk.

Memang bagus dah bersih tu. Tapi... Hihi. As you can see the situation in that doodles lah.
Mak dia tak tahu sangat pasal gadget terbaru. So, habis Wacom Pen dia.

Kalau jadi begitu kat kita, bersabarlah ye. Jangan marah-marah kat si polan yang tolong kemas bilik kita. Niat si polan tu baik. Redha sahaja. Sudah ada pengajaran di situ. Next time, kemaskan bilik.


Diriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dariripada Rasulullah S.A.W. :

 Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”

Sumber :blog orang

*Kalau saya ada tersalah beri hadith, bagi tahu ya.. Thank you. :)




Sunday, 16 September 2012

Sujud dan Rendahkanlah Dirimu Kepada-Nya



"If you prostrate before HIM, you will stand before everyone else"


*Sumber gambar, devianart, by nayzak

*Prostrate = Sujud

Salamun 'alaikum. :)


Saturday, 15 September 2012

Ni Nak Habaq Sikit..

Assalamu'alaikum, Hello.. What's up and what's yang kat down tu. hehe..

Saja je nak cerita sikit kali ni. Rasanya tahun lepas cerita ni. Time cuti-cuti, ada pula kelas tambahan. Aduih, malas juga rasanya. Then, saya terfikir(teringin), " Kan best kalau ada suami sekarang ni. Boleh bawa dia pergi kelas tambahan sekali. Mesti seronok je belajar." Haha.

Padahal waktu itu bukannya saya telah dibooking ke apa. Saja. Saya fikir juga, "Kan best kalau ada suami sekarang ni, boleh dia hantar saya pergi sekolah naik kereta. Kalau saya nak pergi mana-mana boleh dia hantar." HAha,sekali lagi.. :p

Sebenarnya, saya sekarang ni setuju juga, dengan kata seorang kawan saya. "Pergi kahwin terus!". Itu kalau malas dah nak bersabar. Sebenarnya, takut dosa. Takut dalam keadaan kita tak perasan, kita sedang top up dosa kita. Zina mata, zina hati.. Astaghfirullahal 'azim. Kawan saya dulu pun pernah kata time saya tanya dia doa apa entah. Dia kata, kahwin tu boleh tenangkan hati. --InsyaAllah, kawan yang ini boleh percaya nasihatnya. Muahaha(ketawa baik).

Tapi, berusaha sabar jugalah. Iyalah, kumpul duit dahulu dan yang penting, kumpul ilmu dahulu. Ilmu agama dan sebagainya. Macam saya ni, saya kena belajar peramah dengan orang. hihi.

Kat sekolah dulu, saya garang kot. Tu lah, tak ramai lelaki nak dekat. Usha dari jauh beranilah depa(ye kut) haha. Tingkatan 4 lah rasanya yang ketara garang tu. Tapi bagus juga macam tu. Sebab saya rasa selamatlah sikit daripada godaan-godaan yang berkaitan dengan lelaki.

Jadi...., jomlah kita bersabar bersama-sama. Pergi belajar rajin-rajin sampai tak ada masa nak fikirkan si dia sangat.

Pesanan : Mak saya kata kalu budak kecil macam Aaron kena kata dia 'semangat'. Jadi, kalau cakap 'gemuk', tak boleh. hihi.

Peace out. (Tadi best betul dengar Aaron gelak. :)) )



Dulu-dulu Saya pun Pernah Begitu..

Salamu'alaikum. Sawadikap.. :)

And this time, I want to talk about.. Hangpa baca ja lah, na.. :) . Lepas STPM, saya cuma di rumah sahaja. Berusaha mengisi UPU, berusaha berdoa dan menunggu result nya.

19 April 2012 merupakan hari yang bermakna bagi kami sekeluarga. Lebih bermakna lagi bagi kakak kedua saya dengan suaminya kerana telah selamat melahirkan seorang putera. Beratnya 2.7 kg. Kakak saya yang itu pun badannya memang kecil saja. Kurus. Alhamdulillah, :) Sihat, tapi ada juga dia dapat penyakit Kuning atau jaundice. Tak pasti pula berapa lama. Kakak ni berpantang di rumah mertuanya.

Kakak saya bekerjaya, jadi tak dapat sentiasa jaga anak dia. So, lepas habis cuti bersalin, ibu,ayah dan saya pergilah rumah dia untuk jaga Aaron, my first nephew tu. Actually, kakak ambil cuti lagi 2-3 hari kut after maternal leave.

Kerja saya di sana, buat susu Aaron, siap-siapkan pakaian dia lepas dia mandi, sediakan losyen and barang-barang 'make-up' dia lepas mandi. Dalam tempoh waktu tu, banyak perkara yang baru saya terasa, yang saya baru perasan. Saya perasan yang sukar juga menjadi seorang ibu. Banyak karenah si anak yang ibu kena layan. Ibu saya meletakkan dua tapak jarinya pada kaki Aaron, "Tengok ni. Masa kecil, tapak kaki besar dua jari je. Sekarang?", katanya pada saya. Saya pun, angkat kaki, ukur tapak kaki dengan jari sendiri. Memang berjari-jari ukur tapak kaki saya with my fingers. Hihi.

Terasa saya dengan pengorbanan yang pernah ibu saya lakukan untuk saya dahulu. Bagi mandi saya, susukan saya dari susunya sendiri, pakaikan saya, mendodoi saya hingga lena, bersihkan najis saya dan yang paling penting, ibulah yang menanggung segala kesakitan bersalin. Allahu Akbar. Besar sungguh pengorbanan dan kasih-sayang ibu pada anak. Besar pengorbanan ibu dan ayah saya pada saya.

Nak mandikan Aaron kena guna air panas. Suamlah. Kalau sejuk, menjerit pulak dia. Sekarang ni kan dah moden sikit. Bolehlah guna water heater. Tapi kami tak guna juga benda alah tu. Saya still kena isi air panas from thermo pot, sebab bilik air bawah tiada water heater. Water heater kat atas ada, tapi ibu saya mana nak larat asyik turun naik tangga. Itu alhamdulillah ada thermo pot. Tak payah nak pergi jerang air setiap kali waktu mandi budak. Agaknya, itulah rutin my parents dulu-dulu ye.


Baby ini pula, bukan sentiasa bermood baik. Kadang-kadang mengamuk juga dia. Biasanya Aaron suka mengamuk bila lapar(of course), tak cukup tidur and bila mana dia lambat buang air besar. Yelah, perut tak sedap kan.
Menjerit menangis dia. Kami dah risau dah. Letak dia dalam posisi mana pun, dia tak diam lagi. Kalau diam pun, kejap je. Penat juga my mom pujuk dia. Bila malam, memang cepatlah ibu saya mengantuk. Dalam pukul 9 tu dah mengantuk. Ketika saya bayi, mesti saya pernah buat ibu saya macam tu kan? Bersabar sungguh ibu bapa dengan kita.

Tuan Putera Aaron kami ni, nak tidurkan dia biasanya kena dalam dukungan. Haha. Nak tidurkan dia pun, bukan sekejap. Boleh lenguh juga tangan saya dok dodoi, tepuk-tepuk dia. Mula-mula masa umur dia dua bulan lebih, tidur sekejap je then bangun. Manalah dia tak cukup tidur. Penat je tidoqkan dia tadi.

Bila tiga orang yang jaga and tengokkan that little dude, barulah rasa ringan sikit kerja. Kalau saya nak buat seorang, aduih memang penat.

Tapi, nasib baik and alhamdulillah En. Aaron saya seorang ini, rajin senyum. Suka kalau dilayan. Alhamdulillah, boleh terubat sikit lelah tu. Hihi.

Banyak perkara yang saya belajar ketika di rumah kakak. Bukan setakat menguruskan bayi, tapi belajar menjadi seorang yang kemas dan pembersih. Alhamdulillah.. Everything happens for a reason.

I LOVE YOU, Mom and Dad.  May ALLAH always pour down HIS blessings to both of you. Aameen. :)


Aaron masa umur 2-3 bulan
Aaron masa umur 4 bulan lebih





















Sunday, 9 September 2012

Why, Oh, Why..?

Assalamu'alaikum. Marhaban O my blog's visitors. :)

Saya buat blog ini sebab, kat facebook kalau nak tulis panjang-panjang orang rasa tak minat nak baca. I bukanlah buat survey ke apa pasal orang malas baca status panjang ni. Disebabkan saya sendiri susah nak pergi luang masa baca status yang panjang, so I figured out yang akan ada juga orang lain yang sama macam saya.

Bukannya saya takkan langsung baca post panjang dalam facebook, tapi tak banyak post panjang yang dah saya baca.

Jadi, daripada tulis tak ada orang yang baca, lebih baik tulis di medium yang masyarakatnya memang akan baca tulisan penulis yang lebih panjang daripada biasa. Bukan juga saya berkira ramai orang baca dan 'like' status saya. Tapi, apa yang saya harapkan ialah mereka dapat intipati yang hendak saya sampaikan. Saya berharap jiwa mereka akan tersedar akan apa yang saya post itu. Dan semoga ukhuwah kami bertambah baik. :)

Walaupun di alam blog, saya cuba untuk tidak celoteh dengan panjang lebar. Maklumlah, maklumat yang ringkas dan padat lebih baik kan..? Saya ini pun tak banyak sangat pengalaman dan pengetahuan. Tengok corak penulisan dan maklumat yang disampaikan pun, dah tahu bahawa Si Penulis(saye) adalah seorang yang biasa-biasa sahaja. So, I'm just sharing with you things that are in my knowledge(oh, my english!). Kepada saudara dan saudari sekalian, silalah perbetulkan apa-apa yang saya tersalah. Even my language pun, tolong tegur-tegur ye. Thank you. :)

Pernah dengar tak tentang kisah Nabi Ibrahim A.S. dengan seekor burung kecil? I want to be like that. Walaupun saya tak dapat padamkan api yang besar, tetapi saya ada usaha untuk memadamkannya. Gitulah perumpamaannya.

That's all for now. Saya nak bagi tahu aja kenapa saya mulakan blog ni. :) Peace out. hihi.

Wassalamu'alaikum. ~ cepat jawab salam saya. Sebab jawab salam tu wajib. :)



Wednesday, 5 September 2012

Resisting & Holding Back Feelings Towards...

Assalamu'alaikum. "Tak jawab dosa, kalau jawab, sayang. :D" -Maria Elena.

Okey, okey, okey... Ha, gapo dio ni yang ambo nak tulih? Hihi. Pasal feelingslah. Perasaan. Perasaan yang dipendam, perasaan yang menggelodak di jiwa. Haha.

For those who are still single, but not so available(yang dah ada pilihan hati), wajiblah tahan/control perasaannya terhadap si dia. I mean, don't go all out about your feelings towards him/her. Contohnya, bermain sms dengan si dia 24 jam, bergayut di telefon or saying 'I love/miss you' di Facebook(ada juga yang lebih daripada ini). Rasa-rasa yang berputik itu perlu dikawal  dengan sebaiknya, agar tak terjerumus kepada perkara yang maksiat. Na'udzubillah mindzalik. Semoga dijauhkan dari perkara seperti itu.

Alhamdulillah, ingin MENcintai dan ingin DIcintai adalah fitrah kita sebagai manusia. Best kan rasa cinta tu? Rasa macam miracle pulak. hihi. Cumanya ada restrictions or rules yang perlu kita patuhi apabila sudah ada perasaan sebegitu. Kita sebagai orang Islam, wajib jaga perbuatan dan hati kita. Jangan sampai terjadinya fitnah pula terhadap diri sendiri dan si dia.

Kalau namanya CINTA, kita mestilah mahukan yang terbaik for our loved ones. Right? Gelengkan kepala, kalau salah. hehe. Kita nak dia sihat, berjaya, dan kita nak Allah redha dengan dia. So, jomlah bercinta dengan cara yang Allah suka. :)

Bercinta sebelum nikah ni memang sukar sikit. Yelah, macam-macam nak kena jaga. Takpelah, ini semuapun untuk kebaikan kita juga.. Allah S.W.T. lebih tahu. :)

Antara perkara yang kita kena jaga ialah tak boleh nak asyik terbayangkan si dia. "Take care, love you", "Windu lah dengan baby girl hari ni", " Papa, malam tadi mama tak boleh tidur sebab asyik ingat Papa je.", ha, ini adalah contoh-contoh perbualan yang dalam Islam sama sekali tak boleh lah untuk pasangan yang belum bernikah. I repeat, yang belum berNIKAH. So, even if you guys are engaged, dah jadi fiancee si dia, still belum boleh berlovey dovey dengan tunang anda. OK?

I have a few tips here that can help us redirecting our thoughts from keep thinking about him/her all the time, from continuing to smile alone. :) (Ni nak jaga sementara menanti saat pernikahan)

First of all, kuasa cinta siapalah yang lebih besar kalau bukan kuasa cinta daripada Sang Pemilik Hati ini. Allah S.W.T. Sampaikan ada orang tu dia tak nak kahwin sebab dia dah dapat rasa nikmat cinta kepada Allah. Tapi mana boleh tuu.. Dialah yang mencampakkan rasa kasih dalam hati ini. Jadi, bersyukurlah kepada-Nya. Bersyukur, dengan cara menjaga cinta kita kepada si dia sebelum pernikahan.

Dekatkan diri kepada Allah. Buatlah solat sunat, mengaji Al-Quran, dzikir. Berselawat.. Mohon kepada Allah supaya dijernihkan kembali fikiran dan hati. Supaya Allah menjaga hati kita dan si dia. Berdo'alah agar dua jiwa yang saling mencintai ini biarlah kerana Allah S.W.T. Juga supaya kita tidak tergelincir di dalam perjalanan mencari keredhaan-Nya (perkahwinan). :)

Secondly, rapatkan ukhuwah sesama kawan. InsyaAllah, rasa rindu dan rasa kosong dapat diisi oleh kawan-kawan. Tapi, kawan yang same gender lah tau. Jangan kalau kita perempuan, kita nak isi dengan enjoy2, sembang2 dengan kawan-kawan lelaki. Bahaya tu, bahaya! Lelaki pun, the same goes to you.
Usahakan juga untuk lebih mesra dengan parents and the other family members. Jangan fikirkan sangat tentang pilihan hati kita tu. Bukanlah tak boleh ingat orang tu langsung, cuma tak boleh lebih-lebih je. :)

Ukhuwah sesama kawan dan keluarga juga mempunyai powernya tersendiri. haha. That is why, I recommend you to spend more time with them. Sayangilah keluarga sendiri dulu, kalau nak sayang orang lain. Kan? Kan?

Thirdly, make use of your time wisely. Isi waktu-waktu lapang dengan perkara yang berfaedah dan yang dapat alihkan tumpuan kita daripada menerawang entah ke mana-mana. Baca komik ke, majalah Solusi ke.. Baca website Langit Ilahi ke. hihi(still nak promote). Ataupun, pergi berkebun. Buat kek ke, memasak ke.. kan.. Sama ada perempuan atau lelaki, pergilah buat rajin. Start jadi pembersih, penyayang and memahami. Di rumah, berlatih rajin sapu rumah, kemas bilik, basuh pinggan even when it's not ours yang ada kat singki tu.

Belajar memasak. Lelaki pun kena reti masak ye. Belajarlah basuh pakaian. Ha, sementara kita mengalihkan perhatian terhadap si dia ni, insyaAllah, kita dapat skills baru. Skills berumahtangga. :D Manfaat kan tu?

Dan usah fikirkan sangat tentang dia. Buat derk je dah. haha. Segala macam media atau apa-apa benda yang berkaitan dengan si dia, ignore sahaja dulu.
Contohnya, Twitter, Facebook, mesej-mesej dan lain-lain lagi. Khuatir nanti bila saja-saja buka Twitternya, ada pula status dia yang berkaitan cinta, buat kita terperasan. Klik FBnya, ada pula gambar comel dia. Takut juga, bila nanti semak-semak semula sms dan mesej-mesejnya, tersenyum seorang diri dan fikiran tu mulalah macam-macam, berimaginasi perkara yang belum halal bagi diri.

Kalau teringat-ingat tu, cepat-cepat istighfar. Ingat Allah.


Okay, selamat mencuba, dan semoga berjaya!


"Ya Allah, mudahkanlah kami menujui jalan suci yang Engkau redhai" - Petikan dialog Ustaz Ilyas dalam drama 'Ketika Cinta Bertasbih: Meraih Ridho Ilahi'.

Segala yang baik, datangnya daripada ALLAH S.W.T. (DIA yang bagi saya ilham), dan yang buruk, segalanya lahir daripada kelemahan saya.







Tuesday, 28 February 2012

Past

Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh, Bonjour. :)

Talk about past. My past. Bila den kenang-kenang masa lalu den, ada yang membuatkan dahi berkerut ada yang membuatkan bibir ni tersenyum. Senyum tu banyak makna. Senyum sebab senang, dan senyum sebab malu. Malu bukan malu tersipu-sipu, tapi malu kerana kesal dengan perbuatan yang lalu dan malu dengan some funny insiden.

I'm quite naughty, once upon a time ago. And once upon a time ago,  just had a 50/50 chance to live. Yeah, it is when I'm still an infant. But, Alhamdulillah, saya masih di sini, telling this story to you. Everything happens for a reason. Always ada hikmah di balik sesuatu kejadian.

Wanna know how to overcome the feeling of guilty or rasa I'm a teruk punya person from the past? Okay, this is how I do. Fikirkanlah anda sekarang ini bukanlah anda yang pada masa lepas tu. Fikirkan yang anda pada masa kini telah sedar akan semua kesilapan yg lalu dan you are better now. Hanya fikir sahaja tidak mencukupi, bro/sis. Lakukanlah pembaikan dalam hidup anda. Be a better person.

Listen, obey to our parents, always finish our homework before the due, take care of ourselves in pergaulan, and so on. :) InsyaAllah, we will feel better, and be better.


"If only I can turn the time back to the past, so I can improve or repair my silliness". Mesti you orang ada terdetik macam itu kan?...  But, how impossible of that to be done. Like the message from 'Meet The Robinson' animation, KEEP MOVING FORWARD.


Alright, until we meet again... Wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Thank you for reading my piece of thoughts.

Tuesday, 14 February 2012

Friend List.

Assalamu'alaikum, bonjour. :)

This time I would like to list my friends. Saja, sebagai tanda saya masih ingat mereka/kamu. :) Saya tak senaraikan menurut keakraban dengan saya ya. So, wahai kawan saya yang membaca, jangan sedih kalau nama kamu kat bawah-bawah tau. But, I do list them according to gender. Perempuan dulu, baru lelaki. :)

Here it goes..

Mayang Sari                                             Khairul Anwar
Dilah                                                         Yugentran a/l Nadarajan
Ranjit Kaur                                                Sathees Kumar
Safiyah Ayuni bt Mat Saidin                       Affendi(arwah)
N.Fitriana bt Pama                                     M.Tajul
S.Aishah bt Ramli                                       M.Athif
Hazni Shuhada bt Abd.Hamid                     M.Rahimi b. Rosli
Siti Faridah bt. Shamsudin                           M.Azril b. Supian Suri
N.Syuhadah bt Rosli                                   Mohammad Arif b. Hj. Mazlan
Syakila                                                        M.Naqeeb Fahim b. Ramlan
Primala                                                        Harithah
Norardila bt Adnan                                      M.Safuan b. Zahri
Nor Azlina                                                   Khairul Ikhwan
Amsaveni                                                     M.Adzahari b. Roslan
Nithya                                                          Hamzah b. Rahim
Sangeetha                                                     M.Shahril b. Musa                            
N.Zarith Sofea bt Akhbar Ali                        Hairul Anuar                            
N.Syamimi bt Nasir                                       M.Azraiessalam b. Affandi
Sy.Nazatul Faziera bt Syed Putra                  M.Sharul Akmal b. Yusof            
Quratu Aini bt Rosli                                          M.Faiz b. Yusof
N.Amira Izzatti bt Shaiful Bahri                          M.Farhan b. Yusof
N.Dinah Hazirah                                                 Asyraful Amin b. Hanif            
Sh.Rabiatul Adawiyah bt Sy.Mustafa Kamal        M. Izdihar
Siti Khadijah                                               R. Afiq b. R. Tajudin
S.Sakinah bt M.Suboh                                       M.Azizan
Solehah                                                              Somraj
Hanisah                                                              Logenthiran           
S.N.Atikah bt Md Noor                                     Jeeva a/l Satiamoorthy
Nur Farahin bt M.Najiff                                    Logendran
S.Khairiyah bt Nor Azmi                                 Abdul Halim b Asmuni
Fatin Hamama bt Zakaria                                 Saiful Farisin b Md Ramlan
Nur Zahirah bt. Zulkifli                                     M.N.Addeen
Nur Anis Nazlin                                               M.Hamizan b Hj. Mazlan
N.Naqibah bt. Abd.Razak                              Muhammad Sufi b. Borhan
S.N.Hanisah bt. Radzali                                  M.Hariz Hazwan b. Zarir
Nor Famieza bt Jadi                                       R. Nazrin Syah
NorDiana bt Aminan                                       Sy.M.Adib b. Syed Taha
Haifaa bt Marni                                               M.Amieerul b. Noor Azman
N.Aula Khalidah                                            Muhammad Amirul b. Abu Hasan
Ramizah                                                         Syafiq b. Hassan
Nurul Shahida bt Nordin                                M.Nishan b Anuar
N.Shafiza bt. Shariff                                       M. Defri b. Musa Herman
Khairul Syaida                                               M. Qayum
N. Najiha                                                      Muhammad Faezad b. Sulaiman
Jayanthi a/p Thangiah                                     M.Anwaruddin b. Kamarozaman
Tan Hui Ting                                                 Nasharil Azzim
Siti Mariyam bt Mohd. Zaini                         Nuzul Asbab
Nur Aisah bt Nizam                                      M.Amir b Zainudin
Nuratika bt M.Hajar                                     M.Amirrudin b. M. Sojim
Nurul Hazwani                                             M. Siddiq B. Harry Nasution
Azrayanti bt Jamil                                         M. Razihan Syah
Rosnani bt Sukhaimi                                      Tan Siew Kiat
N.Hamizah bt Abd.Hamid                              M. Fadzli b. Saiful Bahri
Zulfa Khoiriyah bt Rosli                                 M. Fadzli b. Mokhtar
Hasyimah                                                        M. Azuan b. Mesran
Halisa                                                              M.Azlan b. Mesran
Amy Ellyssa                                                    Amir Asyraf
N.Hidayu                                                         Ameerul Ashraf
Nor Zieana                                                       M.Shahril
Ku Nor Atifah bt Ku Rosli                                M. Noor Arrif
Fatin Hazimah bt Hj.Mazlan                              Fakrul Idham
Adrin Noor Alia                                                M. Azwan
Nurin Nadia                                                      Aizu Hakimi                                      
Syafeqa bt Halid
N.Nadia bt Yusuf
N.Ariffa
Putri Anidah
Fiezzaty
Nur Ainaa bt Borhan
N. Nadia bt Iskandar
Fadilah bt Rosli
N. Syazwani
Nor Farah Atika
Syufiqa Nur Fatin bt Hairuddin
Liyana Hayatun Syamila binti Ramlee
Nur Alia
Teoh Sui Wen
Yap Sen Ley
Tee Shi Wen
Nur Ailaa bt Borhan
Hazilah
Nurul          
Eliana
Ellia
Alia Aqiera
Elyana
Fazreen Syazwani
Nor Farahwahidah
Nor' Farahhin
Hazirah
Amirah
Aida Wasilla



sorry, kalau ada yg takde kat sini.. maaf kalau ada salah eja.

Sunday, 12 February 2012

14th February. And The Answer Is A NO.

Assalamu'alaikum. May peace be upon you.

Ada apa dengan tanggal 14 Februari?? Ha, Valentine's Day lahh.. Itu budaya orang barat. Nama Valentine Day diambil sempena nama seorang paderi yang mati demi agamanya(agama apa? Of course lah kristian kan) pada tahun 269M, iaitu Santo Valentine. Also, Valentines Day ni pernah menjadi sambutan rasmi bagi kaum Nasara. uuuu...So, memang jelaslah kita tak boleh sambut hari Valentine ya. Sebab nanti menyerupai agama depa pulak.

Saya sebenarnya dulu tak tahupun tarikh-tarikh ini. Dan tak pernah menyambut pun.(Alhamdulillah). Dah semakin membesar ni, barulah tahu hal-hal macam Valentine's Day. Yelah, internet.. Actually, Langitilahi.com. :) Ada masa, awak semua singgah-singgah lah kat laman tu. InsyaAllah, bermanfaat.

Banyak juga yang saya dapat pelajari daripada tulisan En.Muhammad Hilal Asyraf tu.(by the way dia dah bertunang ye, InsyaAllah tak lama lagi akan bernikah. Saja habaq supaya takde yg 'sangkut' dengan dia. :) )

Memanglah kita tonton di kaca televisyen, sambutan Hari Valentine ni nampak syok aje orang putih tu. WAhh, si pria hadiahkan bunga, coklat untuk si dara + bawa pergi dinner and so on. But, wake up guys! Jangan terpedaya. For them, the non-muslims, sambutan ini mungkin telah menjadi adat mereka. Kita sebagai orang Islam, kenalah jaga batasan pergaulan dengan orang yang bukan mahram bagi kita, dengan ajnabi.

We just can't simply follow something that we think it is fun to do, without referring to our syariat. In Islam that sort of way of showing your love to your partner is not allowed. Even for them yang dah engaged. Bertunang je pun, bukannya halal lagi nak bersentuhan. Kan? Ada saja orang yang dah bertunang putus tunang. Guide your love through the path yang Allah redha. You wouldn't want your relationship tak ada bless daripada Allah S.W.T. Right?

Awak dah nikah nanti, buatlah Hari Kekasih awak sendiri. Confirm2 dapat pahala. And I'm sure the affection(kasih sayang)  between you and your spouse(pasangan) will  be more nikmat rasanya. InsyaAllah hari indah itu akan tiba buat diri awak dan juga saya. :) Aamiin..


So, that is all for now. Hope to see you again next time. Biiznillah.

Segala yang lemah itu datangnya daripada diri saya sendiri dan yang benar itu datangnya daripada Allah S.W.T. Wassalamu'alaikum.

~~~SALAM MAULIDURASUL~~~ :)  (tahu, yang dah terlambat ucap.. )